Isu sawit negara: Adakah alternatif biodiesel menguntungkan kroni PH?

Industri komoditi seperti kelapa sawit bukanlah satu industri yang kecil. Penglibatan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, syarikat swasta dan pekebun kecil mencorakkan landskap yang rumit untuk kita fahami.

Bahkan komoditi kelapa sawit ini sudah menjadi perhatian mereka yang memerintah sejak daripada zaman penjajahan British lagi.

Dalam tempoh kurang daripada setahun perlaksanaan Program Biodiesel B10, Menteri Industri Utama, YB Theresa Kok mengumumkan pula perlaksanaan Program Biodiesel B20. Ini menunjukkan usaha komited pihak kerajaan bagi memulihkan industri sawit negara yang terjejas dengan pemboikotan  minyak kelapa sawit oleh EU.

Namun,  adakah alternatif biodiesel ini benar-benar menguntungkan pekebun kecil? Atau ianya satu langkah mengurangkan kerugian kuasa monopoli dalam industri sawit itu sendiri?

Sebagai contoh, Indonesia antara negara jiran yang terlebih dahulu melaksanakan program biodiesel. Hasil daripada program biodiesel, mereka telah mewujudkan Badan Pengelola Dana Perkebunan Kelapa Sawit (BPDPKS) untuk mengelola dana perkebunan kelapa sawit.

Tetapi setelah empat tahun penubuhannya hanya 1 peratus dana yang dikumpul disalurkan kepada program bantuan penanaman semula kelapa sawit untuk pekebun kecil.

89 peratus dana telah disalurkan dalam bentuk subsidi yang mana penerima terbesarnya adalah syarikat gergasi pengeluar bahan bakar bio.

Terkini, persatuan pekebun kecil kelapa sawit di Indonesia sudah mengumumkan hasrat mereka untuk mencabar dari segi perundangan keputusan kerajaan yang memihak kepada syarikat pengeluar besar industri itu.

Jika YB Theresa Kok juga mengambil contoh negara Indonesia untuk merasionalisasikan Program Biodiesel B20 beliau, adakah situasi yang berlaku di negara jiran tersebut juga bakal berlaku di Malaysia?

 

Keadaan pekebun dan pesawah kecil yang mudah terkesan dengan perubahan ekonomi, selalu dijadikan sebab utama satu-satu polisi dilaksanakan.

Namun, industri komoditi negara juga dipengaruhi oleh syarikat-syarikat swasta yang lebih berkuasa dalam menentukan pasaran, dan pihak inilah yang akan mendapatkan keuntungan yang lebih dalam perlaksanaan program biodiesel.

Perlaksanaan Program Biodiesel yang diumumkan sejurus isu pemboikotan sawit negara oleh EU selepas kenaikan kerajaan PH bukanlah suatu kebetulan. Terdapat kepentingan pihak-pihak tertentu menerusi syarikat swasta dalam industri sawit yang wajar untuk kita teliti.

Sebagai contoh, perjanjian jual beli minyak kelapa sawit yang bernilai RM3.46 bilion antara Malaysia-China yang telah ditandatangani oleh Theresa Kok pada Mac yang lepas menyaksikan penglibatan PGEO Marketing Sdn Bhd.

Syarikat yang berada di bawah PGEO Group ini dimiliki oleh Wilmar International Limited dan keluarga Kuok merupakan pemegang saham terbesar. Pada masa yang sama Robert Kuok telah dilantik ke dalam Council of Elders selepas kerajaan baru ditubuhkan.

Jadi, adakah syarikat yg sama akan meraih keuntungan daripada perlaksaan program biodiesel ini?

Oleh:

Hanis Noor, Penyelidik IRIS

Sumber:

  1. https://www.thejakartapost.com/news/2019/04/25/oil-palm-plantations-partnership-with-farmers-under-scrutiny.html
  2. https://www.theedgemarkets.com/article/wilmar-china-ipo-being-seriously-evaluated
  3. https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-china-sign-palm-oil-purchase-deals-worth-rm364b

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Insiden di Selat Hormuz gugat kawalan pasaran derivatif elit global kapitalis Yahudi

Next Post

Sistem kumbahan dan loji najis zaman Kesultanan Melaka

Related Posts
Skip to content