Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Malaysia merekodkan 23 item makanan dengan nisbah sara diri (SSR) lebih 100% pada 2022, kurang berbanding pada 2021 iaitu 26 item makanan. (DOSM)
Selain itu, pada tahun 2022, Malaysia mencatatkan defisit dalam perdagangan produk makanan apabila mengimport RM75.6 bilion produk makanan berbanding eksport RM44.6 bilion.
Ini meletakkan posisi perdagangan produk makanan negara dalam keadaan defisit dalam tempoh 10 tahun dengan nilai import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion berbanding eksport berjumlah RM296 bilion. (Utusan, MalaysianReserve)
Oleh itu, bekalan makanan negara tidak mampan kerana terlalu bergantung kepada produk import yang memberi beban kepada kewangan negara. Penurunan item makanan dengan nisbah sara diri lebih 100% menunjukkan peningkatan import produk makanan akan berterusan.
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.