Kapal penyelidikan China yang dikatakan mempunyai kaitan dengan tentera (People’s Liberation Army) menjalankan tinjauan menyeluruh di dasar laut di Lautan Hindi. Jenis tinjauan lautan yang dijalankan oleh kapal adalah penyelidikan penggunaan sumber tenaga dan persekitaran marin. Walaubagaimanapun, data yang dikumpul juga boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan, termasuk cara menggerakkan dan mengaburkan kapal selam semasa konflik, kata penganalisis. (The Washington Post)
Lautan Hindi ialah laluan air kritikal untuk kepentingan China, yang mana sejumlah besar bekalan minyak mentah dan gas aslinya masih perlu bergerak dari Afrika dan Timur Tengah melalui Lautan Hindi dan Selat Melaka. Selat Melaka merupakan penghubung Lautan Hindi dan Laut China Selatan antara Indonesia dan Malaysia. (The Washington Post)
China dilihat ingin meluaskan jangkauan ketenteraannya di rantau Asia-Pasifik. China sedang memetakan kawasan luas Lautan Hindi di bawah nama penyelidikan awam – dan ia mungkin untuk merancang peperangan kapal selam, kata sebuah badan pemikir. (Business Insider)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.