Malaysia Ketandusan Penglibatan Belia dalam Industri Pertanian, Risiko Tingkatkan Kebergantungan Kepada Warga Asing dan Gugat Ketahanan Sektor Komoditi Negara

Pada ketika ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas dilaporkan mendominasi statistik petani pekebun kecil di Malaysia sebanyak 67 peratus. Manakala, penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian pula di tahap rendah dengan hanya 15 peratus daripada 14.6 juta belia di negara ini yang terlibat dalam bidang pertanian.  (Astro Awani, Malaysia Gazette)

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), industri pertanian negara memerlukan lebih 186,000 tenaga kerja warga asing di seluruh negara. Walau bagaimanapun, warga asing dikatakan sedang giat menguasai sektor pertanian tempatan. Hal ini kerana, petani warga Bangladesh dilaporkan mengusahakan sejumlah 12 hektar tanah di Sekinchan. Mereka juga dikatakan menguasai beberapa tempat lagi terutamanya di daerah Kerian, Perak dan utara Selangor. (Harian Metro 1, 2)

Sekiranya tidak dibendung, industri pertanian berisiko mengalami krisis yang sama seperti industri getah iaitu ancaman pupus. Industri getah kini didominasi oleh pekebun kecil yang berusia 51 tahun ke atas. Manakala, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri getah atau pertanian masih bergantung kepada pekerja asing. (Suara Risda, DOSM)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KADA Hilang 11,000 Hektar Tanah Padi Akibat Pertukaran Status Tanah kepada Pembangunan Komersial, Kecilkan Keluasan Kawasan Padi dan Gugat Tahap Saraan Diri Beras Negara.

Next Post

Kajian Penyelidikan Tertumpu kepada Tujuan Akademik dan Kemajuan Kerjaya Semata, Tiada Usaha Strategik Bangunkan Inovasi Teknologi Baharu- Pakar

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content