Sungai Batu 500BC: Malaysia Mampu Buktikan Kehebatan Tamadun Melayu Sekiranya…

ruins

Latarbelakang Sungai Batu

Sedikit pengenalan mengenai Tamadun Sungai Batu, awal tahun ini genap 7 tahun penerokaan Tamadun Sungai Batu yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia tamadun bangsa Melayu dan selama itulah pelbagai ­bukti artifak dijumpai.

Dari tapak candi, jeti pelabuhan sehingga ke tapak peleburan besi yang menunjukkan tamadun Melayu telah mahir dalam ilmu besi seawal 500 tahun sebelum Masihi (bahkan mungkin lebih awal dari tarikh itu sekiranya penyelidikan dapat terus dijalankan).

Selain itu, besi-­besi yang dihasilkan oleh tamadun agung ini bukanlah sebarangan besi, bahkan menjadi pengeksport terbesar besi ke serata dunia dan dikenali sebagai pusat penghasilan besi yang paling berkualiti ketika itu.

Maka amatlah sayang sekiranya tapak peleburan besi tercanggih di dunia ini lenyap hanya kerana tiada kesungguhan dari kerajaan pusat, kerajaan negeri atau pihak berwajib untuk mempertahankan warisan agung ini dan akhirnya akan lenyap dan terhapus segalanya.

Selain itu, kemungkinan besi yang terhasil disini (Sungai Batu) dibuat pedang dan menjadi salah satu pedang kegemaran rasulullah S.A.W. (pedang qala’i​).​

 

Selamatkan Tamadun Sungai Batu 500BC

Semalam​ (13/10/2015) MB Kedah telah membuat kenyataan kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang projek dibangunkan di kawasan Tapak Arkeologi Sungai Batu dan kawasan sekitar. Namun hal ini masih belum memberi kepuasan bahawasanya tapak arkeologi ini akan terus bertahan. Saya dimaklumkan oleh admin fb page Sungai Batu 500BC https://www.facebook.com/sungaibatu500bc , keadaan semasa memang tidak menjanjikan​      kesinambungan penerokaan dapat dilakukan oleh pengkaji, penyelidik serta student master dan PhD di institusi pengajian tinggi awam.

Hal ini adalah kerana:

 

  1. Lesen ekskavasi yang masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN)

*lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun dan buat masa ini lesen sudah tamat dan masih tidak diperbaharui oleh JWN, tanpa lesen ekskavasi tidak dapat dijalankan dan para pelajar tidak dapat menamatkan pengajian masing ­masing.

 

  1. Dana yang sudah kehabisan

*Geran yang disediakan sudah habis. Untuk menguruskan hal­hal teknikal memerlukan duit. Tanpa geran atau dana dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri usaha yang dijalankan 7 tahun sebelum ini akan terbengkalai dan menjadi sia­-sia.

 

  1. Tapak-­tapak penting berada di luar pemilikan kerajaan yang mana bila-­bila masa boleh digantikan dengan pembangunan atau paling tidak mengecilkan keluasan penyelidikan dengan terdirinya perumahan

*Sungai Batu berada di atas tanah seluas 4 kilometer persegi yakni atas tanah Jabatan Warisan Negara.Di atasnya terdapat 97 tapak yang dikesan. Ada yang berada di dalam tanah milik persendirian dan lot-­lot pembangunan yang sedia dijual kelak.

 

Sekiranya masalah diatas berjaya diatasi, pulangan akan kembali kepada negara Malaysia akhirnya:

 

  1. Menjana ekonomi dalam sektor pelancongan

*Tinggalan sejarah mampu menjana pendapatan negara sebagai mana Colloseum (Italy), Acropolis & Parthenon (Greece), Angkor Wat (Kemboja), Borobudur (Indonesia). Justeru kerajaan harus membuat perangkaan strategik supaya dapat menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara dan sebagai pulangan ekonomi dapat dijana, peluang pekerjaan tersedia, pendapatan negara bertambah.

 

  1. Maklumat terperinci sejarah bangsa

*Maklumat serta artifak sejarah sangat penting kepada sesebuah negara. Ia memberi satu bukti kukuh dan hanya boleh disangkal dengan maklumat sejarah sahaja. Hal ini juga memberi satu penanda aras tarikh permulaan tamadun bangsa Melayu di alam nusantara ini. 500 tahun sebelum masihi nenek moyang kita sudah mahir mendapatkan bijih besi dan meleburkannya, tidak hebatkah?

 

  1. Mengubah lanskap sejarah negara dan dunia (500BC)

*Dengan penyelidikan dan kajian sejarah kita dapat membuktikan bahawa teori penghijrahan dari utara ke selatan telah disangkal bahkan hakikat sebenar di tanah tertua ini permulaan tamadun manusia kemudian naik ke atas dan menyebarkan populasi penduduk bumi seperti yang dapat dilihat sekarang. Tanpa kaji selidik, teori yang terpakai sebelum ini akan terus dipakai dan akhirnya merugikan diri sendiri.

 

Kesimpulan

Wahai pemimpin, lihatlah tapak tamadun sungai batu sebagai tamadun yang unggul dan setaraf dengan tamadun­tamadun dunia yang lain seperti tamadun Mesir, tamadun Rom, tamadun Babylon, tamadun Indus. Masih banyak rahsia yang tersingkap dan perlu dibongkar dengan kajian dan penerokaan dan semestinya memerlukan lesen dan dana untuk memastikan kajian dan eskavasi dapat diteruskan.

Tamadun bangsa yang sedang tidur perlu dibangkitkan untuk menyedarkan anak bangsa mengenai kehebatan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu akhirnya memberi keyakinan bahawa kita mampu mencapai kegemilangan yang sama suatu hari nanti. Saya sangat bersedih hati sekiranya, kerisauan terhadap tapak sungai batu menjadi kenyataan.

Ayuh kalian!! lakukan sesuatu untuk mewariskan sesuatu kepada anak, cucu, cicitmu kelak.

 

Mohamed Khir Azril Badrishah

Penganalisis IRIS Institute

 

 

 

 

 

 

3 comments
  1. Ada satu lagi kajian penting yg admin tertinggal dan mungkin ramai pengkaji sejarah terlupa, iaitu, kenapa tamaddun yg begitu hebat ini runtuh. Adakah kerana bencana alam sekelip mata atau runtuhnya perlahan-lahan kerana salah tadbir, serangan musuh, ada gunting dalam lipatan, atau sebab-sebab lain. Kajian inilah yg sebenarnya paling penting supaya dapat kita ambil iktibar agar masalah yg pernah terjadi terhadap tamadun yg hebat itu tidak berulang keatas negara kita dan bangsa kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Intifadha al-Quds; “A Wake Up Call” Buat Dunia Islam?

Next Post

Minyak, Gas dan Perpaipan Punca Utama Krisis Pelarian Syria Terjadi

Related Posts
Skip to content