Rusia berminat untuk memperkemaskan lagi kerjasama dengan Iran bagi menyelesaikan krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Isnin lalu.
Beliau ketika itu sedang menyampaikan ucapan pembukaan bersama Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, lapor agensi berita RIA Novosti.
“Kini Rusia dan Iran sedang membina kerjasama dalam semua perkara berkaitan dengan hubungan dua hala dan arena antarabangsa,” kata Lavrov.
“Kami mempunyai dialog sangat intensif pada peringkat tertinggi dan perundingan rapat telah pun terbina antara kementerian kami.”
Lavrov melanjutkan lagi,”Rusia berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan Iran bagi membantu menyelesaikan pelbagai situasi krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara.”
“Kami yakin dengan penglibatan Rusia dan Iran dalam usaha ini akan memenuhi kepentingan rakyat di rantau ini,” kata beliau.
Diedit oleh CN
Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: Trend