Mahkamah Jenayah Ismailiyah menangguhkan percubaan Mursyidul Am Ihwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 104 orang tertuduh yang lain dalam kes serangan ke atas pejabat wilayah Ismailiyah, lapor Rassd.
Percubaan ditangguhkan sehingga 16 September.
Badie dan 104 defendan lain dihadapkan dengan tuduhan menyerang pejabat wilayah Ismailiyah, mengancam keselamatan awam, berhimpun untuk melakukan jenayah terhadap rakyat dan harta awam, membunuh dan menggangu kerja pegawai.
Walaubagaimanapun, laporan media mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa pihak keselamatan Mesir telah menyerang protes damai yang menyokong Presiden Mohammed Morsi, di samping memaksa peserta untuk beredar, membunuh sebahagian mereka dan mencederakan sebahagian yang lain.
Terjemahan: Ainun Mardhiah Jamaluddin
Sumber: MiddleEastMonitor