Dua pemimpin tertinggi kumpulan Ikhwanul Muslimin(IM) Mesir, Mohamed Badie dan Mohamed Beltagi, telah dikasari pasukan keselamatan semasa sesi perbicaraan tentera -di mana kedua-duanya dihadapkan pertuduhan keganasan- pada 19 September lalu, tegas Penyelaras Hak dan Kebebasan Mesir (ECRF), sebuah kumpulan hak asasi Mesir pada Khamis lepas dalam sebuah kenyataan di laman Facebook.
Menurut laporan yang dibuat oleh keluarga kedua-dua pemimpin tersebut, seorang pegawai keselamatan telah melemparkan secawan air kepada Beltagi semasa prosiding perbicaraan sedang berlangsung.
”Ketika Badie cuba untuk mencelah, dia telah dipukul oleh pegawai, digari dan dicampak ke dalam kenderaan polis”, tegas ECRF. Begitu juga dengan Beltagi yang turut dipukul ketika cubaannya untuk mencelah.
IM masih belum mengesahkan dakwaan tersebut bagi pihak mereka.
Sementara itu, Anadolu Agency pula masih belum mendapatkan sebarang komen rasmi berkenaan dakwaan tersebut.
IM satu aktivisme keamanan
Berikutan penyingkiran Morsi, IM telah dilabelkan sebagai ”Organisasi Pengganas” oleh kerajaan Mesir. Bagi IM -sebuah kumpulan Islam- pula secara konsisten menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan IM merupakan satu aktivisme keamanan secara keseluruhannya.
Sejak pertengahan 2013, apabila Mohamed Morsi -presiden Mesir petama yang dipilih secara bebas- telah digulingkan oleh tentera, IM telah menjadi sasaran tindakan keras oleh pihak berkuasa Mesir. Akibat daripada tindakan keras itu, beratus ahli IM dibunuh dan berpuluh ribu dihumban ke penjara.
Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber : MEM