Mungkin timbul persoalan dalam diri kita dari mana wujudnya Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Kita mungkin didedahkan dengan sejarah yang ditonjolkan melalui pergerakan aktor hadapan selaku pemimpin-pemimpin negara kuasa besar tentang penubuhan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ini. Seperti contoh bekas Presiden Amerika Syarikat Franklin Roosevelt dan juga Perdana Menteri Britain Winston Churchill. Bermula dengan penubuhan League of Nations pada tahun 1919 di bawah perjanjian Versailles, lalu menemui kegagalan sehinggalah kepada penubuhan United Nations atau PBB pada 24 Oktober 1945 (i).
Namun kita terlepas pandang dengan peranan aktor-aktor indivdu dibelakang tabir seperti keluarga Rockefeller.
Keluarga Rockefeller mendanai League of Nations
Pada 10 September 2012 yang lalu, berikutan sambutan ke 85 ulang tahun sumbangan dana Rockefeller kepada operasi PBB, kita boleh melihat dengan teliti melalui teks ucapan Ban Ki Moon sejarah sumbangan keluarga Rockefeller terhadap pembangunan operasi dan idea awal Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu ini.
Berikut adalah keratan ucapan beliau di laman rasmi PBB,
I am honoured to be here on this eighty-fifth anniversary of the historic donation of John D. Rockefeller Jr. to the League of Nations Library. At the time, Mr. Rockefeller said he made the gift based on the conviction that “peace must finally be built on the foundation of well-informed public opinion.” This powerful statement rings true today.
It is fitting that we are naming this room after him. I thank the family for donating the portrait of John D. Rockefeller that was displayed at the Rockefeller Foundation for 65 years. In offering this generous gift, David Rockefeller said he hoped it would serve as a reminder of his father’s generosity – but more importantly his conviction that strong international organizations can help create a just, equitable and peaceful world.
The Rockefeller family has lived up to this conviction, providing immense support for the League of Nations and the United Nations over the years. The original donation to this library was particularly significant. Even today, the interest provides approximately $150,000 every biennium to this wonderful library. That makes it possible to care for its many priceless historical treasures, including a signed copy of the Treaty of Versailles and the Covenant of the League of Nations.
This Library also safeguards more recent history, including the Universal Declaration of Human Rights, with original letters from Eleanor Roosevelt and René Cassin. I applaud the mission of this library to serve international understanding. I am deeply grateful to all the staff. You make an enormous contribution through your help for researchers and citizens who are interested in the United Nations’ history and work. I personally want to thank the Rockefeller family for my own office — and the entire United Nations campus on the East Side of Manhattan.
When Rockefeller’s donation of the land was announced in the General Assembly in 1945, the Hall was filled with loud applause. The United States Ambassador cheered Mr. Rockefeller’s “magnificent benevolence”. I am deeply grateful to the esteemed members of the Rockefeller family and the Rockefeller Foundation for continuing the noble tradition of supporting international organizations devoted to peace. As recently as this past June, at the Rio+20 summit on sustainable development, the Rockefeller Foundation and the United Nations Global Compact launched a new framework for action to help meet social and environmental needs.
The Rockefeller Foundation is a shining example of global philanthropy. In a few minutes, we will open an exhibition which shows the importance of philanthropic contributions in history and connects them to today’s success stories. I have seen these successes in my travels around the world. In Africa and Asia, contributions to health initiatives are saving lives. In the developed world, philanthropists are mobilizing action to protect the environment. And globally, many help sustain United Nations initiatives for peace, human rights and development. My action agenda for my second term as the Secretary-General places great emphasis on just these kinds of partnerships and platforms. I hope they will be the wave of the future.
Keluarga Rockefeller mendanai ibu pejabat United Nations yang pertama di Manhattan
Dalam transkrip ucapan penyerahan cek oleh John D Rockefeller Jr kepada Setiusaha Kehormat PBB pada waktu itu, General Trygve Lie (beliau dalam satu laporan akhbar Jewish Telegraphic Agency pada tahun 1955 digelar oleh liga arab sebagai pelindung bangsa yahudi) dan Datok Bandar New York O’ Dwyer. Cek bernilai 8.5 Juta dollar itu menurut laman Business Insider bernilai 83 juta Dollar pada hari ini, digunakan untuk membiayai pembinaan pejabat PBB pertama seluas 17 ekar.
Kenapa ianya penting?
Beberapa persoalan kita boleh tanyakan kenapa penting untuk kita mengetahui perkara ini?
1) Apakah kepentingan Keluarga Rockefeller terhadap PBB, sehingga sanggup menyerahkan jumlah sumbangan dana awal yang sangat besar, semasa awal penubuhan sehingga kini?
2) Apakah kesan yang diterima PBB sebagai badan yang bebas dari sebarang pengaruh jika menerima dana sekian banyak dari aktor-aktor berpengaruh dunia seperti keluarga Rockfeller.
3) Adakah di sana wujud pengaruh-pengaruh lain, dari segi kekuatan lobi keluarga-keluarga elit Yahudi, syarikat-syarikat gergasi dunia, dana-dana pilantropi dan sebagainya terhadap PBB?
4) Di mana kita meletakkan aktor-aktor bukan negara dalam hubungan antarabangsa? Bagaimana kita mahu menilai sama ada mereka signifikan atau tidak dalam memberi pengaruh terhadap dunia?
Lalu kita boleh membuat beberapa bacaan terhadap.
1)Pergerakan dan keputusan yang dibuat PBB sebenarnya menguntungkan siapa?
2)Siapakah sebenarnya yang benar-benar menguasai PBB? Adakah 5 negara pemegang kuasa veto? Atau ada aktor-aktor lain yang tidak dinyatakan secara jelas?
3)Pergerakan aktor-aktor lobi selain negara yang tidak ditonjokan secara jelas peranan mereka dalam PBB. Apa sebenarnya perancangan mereka terhadap dunia?
Kesimpulan
Dalam kita menilai fungsi dan peranan PBB di pentas dunia pada hari ini, kita seharusnya lebih berhati-hati dan tidak termakan dengan sebarang permainan dan propaganda yang berlaku. Fungsi PBB tidak harus difahami secara apa yang tertulis melalui institusi-institusi mereka sahaja (termasuk dalam penyataan sumbangan dana oleh ahli-ahli persatuan), tetapi juga melalui peranan aktor-aktor seperti keluarga-keluarga elit berpengaruh, syarikat-syarikat korporat dan kumpulan-kumpulan pelobi yang wujud di PBB, selain aktor negara. Dengan itu kita mampu untuk membuat strategi sebaiknya dengan menilai peranan setiap aktor yang ada secara tepat dan lebih mendalam.
Oleh:
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE