Langkah Strategik Tentera Malaysia Menghadapi ‘Perang’ Laut China Selatan

 

1

1. Amphibious assault ship class Mistral berada dalam senarai kapal pengganti kepada KD seri inderapura yang telah terbakar teruk pada tahun 2009. Antara kapal lain yang disenarai pendek ialah kapal LPD 071 tentera laut negara China dan kapal daripada kelas Dokdo daripada Korea Selatan. Mistral, LPD 071 dan Dokdo kesemuanya mempunyai kemampuan untuk membawa helikopter.

 

2. Angkatan Tentera Malaysia telahpun membuat permintaan untuk membeli kapal sejak daripada Rancangan Malaysia Ke-9 tetapi terbengkalai kerana mempunyai masalah peruntukan daripada kerajaan.

 

3. Untuk mencapai matlamat mewujudkan sebuah angkatan tentera marin amphibia yang mampu untuk beroperasi di laut dan darat, Malaysia perlu untuk mengambil langkah strategik membeli kapal perang amfibia seperti Mistral. ASEAN juga dianggotai oleh negara-negara maritim, maka terdapat kepentingan yang tinggi bagi Malaysia untuk menitikberatkan pembangunan tentera marin untuk menjaga perairan negara yang luas dan pulau yang banyak.

 

4. Semenjak peristiwa tsunami 2004, negara-negara ASEAN kebanyakannya mula berminat untuk mewujudkan tentera marin. Ini adalah kerana peristiwa bencana tsunami telah menunjukkan bahawa operasi menyelamat paling mudah dilakukan melalui laluan laut untuk mencapai kawasan-kawasan yang sukar.

 

5. Kadar kes lanun yang meningkat juga banyak memberikan tekanan untuk mewujudkan tentera marin.

 

6. Walaubagaimanapun, kini Malaysia hanya mempunyai briged para sahaja yang mampu beroperasi di laut dan darat.

 

7. Pada Rim of The Pacific (RIMPAC) Exercise yang lepas, Malaysia menunjukkan kekuatan untuk menubuhkan tentera marin apabila hanya menghantar satu batalion tentera berbanding negara lain yang menghantar aset ketenteraan seperti kapal perang dan pesawat udara. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia memerlukan sebuah kapal pengangkut bermuatan besar seperti Mistral.

 

8. Jika dibuat perbandingan dengan negara-negara jiran, Indonesia mempunyai sebuah kapal kelas Makassar sebesar 11 ribu tan yang satu daripadanya telah ditukar menjadi sebuah hospital, manakala Singapura, sebuah negara kecil, pula mempunyai 4 buah kapal LPD bermuatan 8.5 ribu tan.

Sewajarnya, Malaysia yang mempunyai kawasan perairan yang berkali-kali ganda lebih besar daripada Singapura tidak harus hanya mempunyai 2 kapal logistik pelbagai guna daripada kelas Mahawangsa yang hanya bermuatan 4500 tan. Kapal Mistral mempunyai kapasiti sebanyak 16 ribu tan, menyamai kapasiti 4 buah KD mahawangsa.

 

9. Kebanyakan daripada kekurangan teknologi dan kelengkapan yang dihadapi oleh Angkatan Tentera Malaysia wujud akibat pertikaian daripada ahli politik. Hakikatnya, Kita semua kena tahu dan faham, bentuk peperangan di Asia Tenggara tidaklah sama seperti peperangan yang berlaku di Timur Tengah ataupun di tempat lain.

Kawasan Asia Tenggara yang dikelilingi oleh kawasan perairan semestinya memerlukan kesediaan daripada sudut ketenteraan maritim yang kuat. Krisis kontemporari di Laut China Selatan memberikan peringatan agar kita bersiap-sedia daripada sudut ketenteraan, terutama dalam menghadapi kemungkinan gangguan daripada negara-negara jiran seperti Filipina dan Singapura yang boleh bertindak sebagai proksi ketenteraan Amerika Syarikat.

 

10. Memandangkan kapal Mistral yang sudah sedia untuk digunakan dan tidak perlu menunggu beberapa tahun untuk dibina, pembelian Mistral merupakan langkah yang strategik.

 

11. Kementerian Pertahanan perlu mengambil langkah tegas dalam mendapatkan aset-aset tentera yang strategik tanpa menghiraukan sebarang suara ahli politik berkepentingan yang mempertikaikan langkah tersebut tanpa data dan kajian yang konkrit.

 

Azry Mustapa,

Penganalisis IRIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Parlimen: Tidak Perlu Tambah Pangkalan TLDM Di Esscom Buat Masa Ini

Next Post

TPPA Mungkin Ditandatangani di New Zealand pada Februari – Najib

Related Posts
Skip to content