Al-Aqsa Hanya untuk Orang Islam

1374271488-muslims-fill-alaqsa-mosque-compound-on-second-friday-of-ramadan_2270714

Badan wakaf Baitul Maqdis telah mengadakan perjumpaan mengejut di Masjid Al-Aqsa untuk membincangkan cara untuk membalas serangan sengit yang berlaku ke atas masjid berkenaan. Serta berkenaan dengan pembunuhan yang berleluasa yang dilakukan oleh penjajah Israel dan para pendatang ektrimis yahudi yang  sentiasa menentang  rakyat Palestin.

Wartawan Quds Net di Baitul Maqdis melaporkan bahawa, ketika perjumpaan tersebut berjalan, Badan Wakaf tersebut melahirkan rasa penghargaan kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II diatas pendirian beliau terhadap Al-Aqsa.

Menurut  satu kenyataan menerangkan bahawa Al-Aqsa adalah ‘garis merah’ yang tidak boleh dicerobohi dan ianya merupakan suatu warisan yang telah diberikan kepada Raja Abdullah II oleh keturunan Hashemi. Kenyataan tersebut memuji Raja Jordan diatas kesungguhan beliau dalam membela dan memelihara Al-Aqsa dari diserang pihak musuh.

Al-Aqsa adalah milik Muslim secara mutlak dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana pihak yang lain. Sebarang penambahan nama atas tanah ini adalah tidak berasas dan tuduhan palsu semata.

Pertubuhan tersebut menambah lagi bahawa penduduk yang mendakwa bahawa situasi Al-Aqsa yang tidak diserang adalah tidak benar sama sekali kerana memandangkan gangguan dan serangan yang dilakukan oleh Israel sama sekali bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan dunia.

“Penjajah tidak lansung mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan Wakaf Islami atau Masjid Al-Aqsa.” menurut kenyataan tersebut.

Mereka yang turut hadir mengharapkan agar umat Islam dan pihak kerajaan serta liga Arab untuk lebih peka terhadap perkara-perkara yang melanda Al-Aqsa serta berusaha mengurangkan kezaliman yang berlaku disana.

 

Terjemahan: Muhamad Haiqal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China Tercabar dalam Tuntutan Laut China Selatan

Next Post

Perang Provokasi antara Pesawat Rusia dan Kapal Perang Amerika

Related Posts

Pivot 2.0

CSIS (Centre for Strategic & International Studies) pada awal tahun ini mengeluarkan dokumen bertajuk “Pivot 2.0” menyenaraikan peluang…
Read More
Skip to content