Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home3/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Al Jazeera lapor 3 negara bantu cubaan rampas kuasa Qatar

Dokumentari siasatan dedah pembabitan Arab Saudi, Bahrain dan UAE

DOHA, 17 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Dokumentari eksklusif rangkaian televisyen Al Jazeera mendedahkan bukti pembabitan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain dalam menyokong rampasan kuasa terhadap kerajaan Qatar pada 1996 yang digagalkan.

Menyiarkan kali pertama dokumentari itu semalam, episod awal siasatan itu menggabungkan wawancara dengan penggerak cubaan rampasan kuasa yang memberi kesaksiannya terhadap peranan dimainkan negara terbabit.

Dokumentari itu turut mendedahkan dokumen ringan milik perisikan Arab Saudi dan raja negara berkenaan mengenai rancangan rampasan kuasa itu.

Rampasan kuasa yang digagalkan itu dikenali sebagai ‘Operasi Abu Ali’ dirancang dilakukan pada bulan Ramadan iaitu 14 Februari 1996, setahun selepas bekas Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, menduduki takhta.

Ia dirancang dengan bantuan bekas ketua polis yang juga sepupu kepada bekas Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Hamad Al Thani.

Dokumentari itu turut mendedahkan jawatankuasa ditubuhkan bagi mengendalikan operasi rampasan kuasa diketuai:

  • Sheikh Mohammad bin Zayed – bekas Ketua Staf Angkatan tentera UAE yang kini Putera Mahkota Abu Dhabi;
  • Sheikh Hamad bin Issa Al Khalifa – bekas Putera mahkota Bahrain;
  • Sheikh Sultan bin AbdulAziz – bekas Menteri Pertahanan Arab Saudi; dan
  • Omar Suleiman – bekas Ketua Perisikan Mesir yang juga bekas Naib Presiden Mesir.

“Sekumpulan lelaki diarah menyerbu rumah Sheikh Hamad bin Khalifa di Jalan Al Rayyan di Doha dan meletakkan beliau dalam tahanan rumah,” kata seorang penggerak rampasan kuasa itu.

Sementara operasi itu dirancang dilakukan pada jam 5 pagi 16 Februari 1996, Emir UAE sekarang, Sheikh Khalifa bin Zayed mengarahkan rancangan itu dilaksanakan dua hari lebih awal bagi mengelak operasi itu diketahui.

Mengikut rancangan, selepas mengawal tentera dan memastikan keamanan negara, pengendali rampasan kuasa akan memberi lampu hijau kepada kumpulan militan untuk memasuki Qatar dari sempadan di Arab Saudi.

Bagaimanapun, rampasan kuasa yang dirancang telah dikesan dan digagalkan.

“Jika mereka berjaya mengawal, dan jika pasukan militan itu masuk sama ada dari UAE atau Arab Saudi atau Bahrain, mereka tiada masalah untuk membunuh sesiapa sahaja yang ditemui di jalanan. Mereka tidak rugi,” kata Brigadier Jeneral (bersara) Shaheen al-Sulaiti.

Penyiaran dokumentari itu dibuat selepas lapan bulan Qatar dikenakan sekatan oleh Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir kerana dituduh menyokong keganasan. Doha bagaimanapun, menafikan tuduhan itu. – Agensi

Kami menjemput Tuan, Puan yang berminat untuk sama-sama hadirkan diri ke pelancaran buku PenChinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa? Majlis pelancaran ini akan menampilkan beberapa orang panelis iaitu Dr Ahmad Murad Abd Halim Pakar Perdagangan Asing China dan mempunyai pengalaman belajar dan bekerja di China selama 15 tahun, juga En Abdul Muein Abadi Pensyarah Sains Politik UKM mengkaji tentang strategi China di Laut China Selatan dan juga En Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim selaku CEO IRIS INSTITUTE pakar dalam bidang strategi dan keselamatan antarabangsa.

Masa: 8.30-12.30 tengah hari
Tarikh: 7 Mac 2018
Tempat: Hotel Tenera Bangi

Masuk adalah percuma.

Link Pendaftaran: https://www.eventbrite.co.uk/e/majlis-pelancaran-buku-penchinaan-malaysia-umum-tickets-43737901240

Preorder Buku: http://bit.ly/PreOrderPengChinaanMalaysia

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia akan menjadi negara boneka China seperti Australia?

Next Post

China bakal menguasai industri perfileman negara?

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home3/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Matawang Rusia, Ruble Bakal Singkir US Dolar dan Euro – Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menggubal satu rang undang-undang yang bertujuan untuk menyingkirkan dollar AS dan euro daripada…
Read More

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home3/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Sekatan Israel Menjejaskan Pendidikan Anak Gaza

  UNRWA terpaksa menutup 700 buah sekolah yang disediakan untuk anak-anak pelarian Palestin kerana sedang menghadapi krisis kewangan, ujar…
Read More