Amerika Syarikat latih dan hantar pasukan militan ke Syria

us militant

 

Menurut sebuah laporan, pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) sedang bersiap sedia menghantar kumpulan militan terlatih pertama mereka ke Syria dalam masa beberapa minggu akan datang sebagai pasukan tentera darat bertujuan menentang kumpulan pengganas ISIL.

400 pasukan tentera AS melatih militan Syria

Menurut jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren, misi latihan yang dijangka bermula pada musim bunga bakal melibatkan lebih daripada 400 pasukan termasuklah ratusan pegawai AS yang beroperasi di luar Syria; dihantar untuk membantu anggota militan Syria menentang kumpulan pengganas ISIL.

Meskipun lokasi sebenar latihan masih belum diumumkan, Turki, Qatar, dan Arab Saudi telah menawarkan diri menjadi tuan rumah kepada program yang dinamakan train and equip; latih dan lengkap.

Rangka kerja program tersebut meletakkan target latihan lebih 5,000 rekrut pada tahun pertama pelaksanaan dan sekurang-kurangnya 15,000 diperlukan bagi mengambil alih kawasan timur Syria yang kini dikuasai oleh kumpulan pengganas. Presiden Syria membenarkan lebih 3,000 pasukan tentera AS melatih pasukan-pasukan Iraq dan Kurd di sepanjang kawasan sempadan di Iraq.

AS dan sekutu-sekutunya telah melancarkan serangan udara ke atas ISIL di Iraq dan Syria. Mereka melancarkan serangan ke atas Takrifi di kedua-dua buah negara bagi menghentikan penguasaan mereka di sana, namun serangan udara tersebut dilihat gagal menghentikan kemasukan kumpulan pengganas berkenaan.

Target tersasar

Salah seorang pegawai tentera AS memberitahu The Washington Post bahawa Amerika dan kuasa-kuasa sekutu mereka sedang dalam proses menamatkan latihan ketenteraan kepada kumpulan pertama yang digelar militan moderate di Turki. ‘Pejuang’ yang tidak lebih daripada 100 orang, bakal dihantar ke selatan Syria pada akhir musim panas ini.

Program train and equip tersebut menunjukkan perkembangan yang tidak memberangsangkan sejak daripada peringkat permulaan. Target awal AS untuk melahirkan 5,400 militan terlatih bagi setiap tahun gagal dicapai,  sementara Kongress AS telah meluluskan dana sebanyak 500 USD pada September 2014 bagi tujuan yang sama.

Proses permulaan yang sangat perlahan dan mengecewakan disandarkan kepada proses pemilihan dan tapisan yang sangat rapi serta menyingkirkan peserta yang tidak berkelayakan dengan serta merta. Beliau turut merasakan program tersebut akan berjaya untuk jangka masa panjang kerana mereka meletakkan kualiti sebagai prioriti, dan bukan kuantiti.

Dalam sebuah laporan lain oleh The Associated Press, para pegawai tentera AS masih berharap mereka berupaya melatih 3,000 anggota militan menjelang hujung tahun ini, meskipun mereka mengakui seakan mustahil untuk mencapai angka tersebut.

Para pemimpin di Pentagon juga mengetengahkan isu permasalahan yang sama pada sebuah sidang akhbar Rabu lalu. Jeneral Martin Dempsey, pengerusi Joint Chiefs of Staff AS memberitahu, sebilangan besar mereka yang mendapat latihan telah menarik diri semasa bulan Ramadan yang bermula pertengahan Jun baru-baru ini. Sebuah pasukan khas yang terdiri daripada tentera AS, agen perisik,  dan peguatkuasa undang-undang telah terlibat dalam proses pemilihan teliti bagi lebih 6,000 individu yang pada mulanya menunjukkan minat menyertai latihan ketenteraan AS tersebut.

Di dalam sidang yang sama, Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter membuat kenyataan bahawa strategi AS hanya akan membuahkan kejayaan ke atas ISIL atau menyebabkan kekalahan ISIL.

Analisa awal merasakan kebanyakan daripada militan yang mendapat latihan daripada AS akhirnya akan bersekongkol dengan Takfiris ISIL bagi melawan ‘musuh’ yang sama – pasukan tentera kerajaan Syria.

HRJ/HRJ/SB/GJH

Penterjemah : Nureen Adnan

Sumber : PressTV [1][2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wilayah Muslim Uighur Dilanda Gempa Bumi

Next Post

ASEAN Tubuhkan Dana Bantu Pelarian

Related Posts
Skip to content