ASEAN Tubuhkan Dana Bantu Pelarian

Mesyuarat ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Mesyuarat ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

 

Kuala Lumpur, 2 Julai – ASEAN berjaya capai kata sepakat untuk menubuhkan dana kemanusiaan buat kesemua pelarian yang tiba di perairan Malaysia dan Indonesia baru-baru ini serta memberi perlindungan kepada mereka selama setahun sementara menanti ‘rumah’ baru untuk mereka.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa kesemua ahli blok Asia Tenggara akan menubuhkan satu dana kemanusiaan bagi membantu kesemua pelarian yang baru-baru ini tiba di perairan Malaysia dan Indonesia pada mesyurat ASEAN Khamis lalu.

Menurut Bernama, pengerusi mesyuarat Zahid Hamidi telah berkata bahawa beliau mencadangkan setiap negara harus menyumbang sebanyak $100,000 untuk dana tersebut, manakala Singapura telah berjanji untuk menyumbang sebanyak $200,000.

Tambahan lagi Hamidi berkata bahawa Myanmar – di mana majoriti pelarian terdiri daripada Muslim Rohingya – akan membantu Malaysia dan Thailand dalam membanteras sindiket pemerdagangan manusia.

1 Mei lalu, sebuah kem pemerdagangan manusia telah ditemui di sempadan Thailand-Malaysia dan membuatkan pihak berkuasa memandang serius terhadap kes penyeludupan manusia di negara ini.

Natijahnya, ramai penyeludup meninggalkan kesemua mangsa pelarian di atas bot atau mencampakkan mereka di pantai Malaysia dan Indonesia.

Malaysia dan Indonesia telah bersepakat untuk memberi perlindungan kepada kesemua pelarian selama setahun sementara komuniti antarabangsa berusaha mencari tempat tinggal baru untuk mereka.

Manakala Setiausaha Agung, Le Luong Minh dan wakil-wakil dari Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu, Pejabat Dadah dan Jenayah Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa dan Jabatan Amerika Syarikat turut mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.

 

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: World Bulletin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat latih dan hantar pasukan militan ke Syria

Next Post

Sekatan Israel Menjejaskan Pendidikan Anak Gaza

Related Posts
Skip to content