Wilayah Muslim Uighur Dilanda Gempa Bumi

gempa bumi di Xinjiang

 

Beijing, 3 Julai – Menurut laporan tempatan, sekurang-kurangnya 6 orang telah terbunuh dan lebih dari 45 orang tercedera apabila gempa bumi magnitud 6.5  telah melanda Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, Barat Laut China.

Pentadbiran Gempa Bumi China berkata kematian telah direkodkan oleh pusat gempa bumi di daerah Pishan dalam masa sejam setelah gempa bumi melanda pada jam 9.07 pagi (0207GMT) Jumaat sehingga menyebabkan lapangan terbang wilayah Hotan ditutup.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China telah mengeluarkan kenyataan bahawa gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Agensi berita negara Xinhua telah memetik kenyataan daripada Jawatankuasa Parti Komunis China Hotan bahawa beberapa bangunan telah runtuh dan mengalami kerosakan serta talian komunikasi telah terganggu.

Pihak berkuasa China telah mengeluarkan tindakan kecemasan gred IV – amaran kecemasan yang paling rendah di negara itu – berikutan itu, laporan kerosakan harian akan dikendalikan dan wang serta barang bantuan akan diedarkan dalam tempoh 48 jam.

Li Hua, seorang pemilik ladang di Pishan berkata dia dapat merasakan gegaran yang kuat daripada tingkat empat rumahnya dan gegaran berlaku selama seminit.

Pusat tersebut turut merekodkan beberapa gegaran kecil antara magnitud 3.0 dan 4.0 yang menyusul selepas gegaran kuat di Pishan di mana seramai 258,000 orang majoritinya didominasi oleh etnik Muslim Uighur.

Kecemasan aras dua telah pun dikeluarkan.

 

Penterjemah:Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki Berhimpun Membantah Tindakan China

Next Post

Amerika Syarikat latih dan hantar pasukan militan ke Syria

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content