Kerana Kecuaian Pentagon, 9 Makmal Terima Padah Akibat Terima Bakteria Berbahaya

PENTAGON MISTAEK

 

Amerika Syarikat, 28 Mei 2015 – Rabu lalu, Pentagon (Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat) berkata pihak mereka secara tidak sengaja  telah melakukan penghantaran sampel bakteria antraks hidup yang diklasifikasikan sangat berbahaya dari Jabatan Pertahanan di Utah kepada sembilan buah makmal kerajaan dan komersial di serata Amerika Syarikat serta satu pengkalan udara AS di Korea Selatan; Texas, Maryland, Wisconsin, Delaware, New Jersy, Tennessee, New York, California dan Virginia serta Osan yang terletak 60km dari ibu kota Seoul yang padat dengan penduduk.

Kesemua makmal tersebut sepatutnya menerima sampel antraks yang mati atau tidak aktif bagi tujuan penyelidikan.

Jurucakap Pentagon, Col. Steve Warren pula berkata Pentagon sedang bekerjasama dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi mendapatkan kembali kesemua sampel tersebut dan juga mengesahkan salah satu daripada penghantaran tersebut mengandungi sampel yang aktif dan mengesyaki lapan yang lain juga begitu.

Beliau turut menambah lagi bahawa Pentagon memberi jaminan bahawa sampel tersebut tidak akan memberi mudarat kepada umum.

Peristiwa Hitam Mungkin Berulang Kembali

Namun, berdasarkan rekod pada tahun 2001, seramai 5 orang disahkan maut akibat jangkitan daripada spora tersebut manakala 17 orang lain lagi mengalami jangkitan yang serius. Bakteria berbahaya ini mampu mengjangkiti manusia melalui kulit dan boleh membawa maut sekiranya jika tersebar di udara.

FBI mendapati kejadian tersebut berlaku apabila spora anthrax itu tersebar melalui penghantaran surat kepada kebanyakan mangsa dan Bruce Ivins, saintis kerajaan dipersalahkan dalam hal tersebut namun, setelah itu beliau didapati telah membunuh diri.

Menurut Paul Roepe, seorang Pakar Penyakit Berjangkit berkata keupayaan antibiotik untuk mencegah jangkitan tersebut bergantung kepada tempoh jangkitan anthrax berlaku.

Kini 4 rakyat AS dan 22 orang kakitangan Korea Selatan yang disyaki terdedah kepada antraks ini telah pun mengambil langkah berjaga-jaga. Setakat ini, tiada laporan jangkitan dibuat dan keadaan dalam keadaan terkawal meskipun warga AS tersebut dikatakan hanya berdepan ”risiko rendah”.

Manakala, pihak CDC menganggap bahawa kecuaian ini berlaku setelah setahun yang lalu mereka gagal untuk menyahaktifkan bakteria tersebut.

 

Sumber:  www.aljazeera.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

NED, Projek Demokrasi Amerika Syarikat

Next Post

Bank Dunia: Israel, Mesir Punca Krisis Fiskal di Gaza

Related Posts
Skip to content