Analisa Kegagalan Sistem Demokrasi Liberal di Amerika Syarikat

 

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang ada sekarang bukanlah merupakan sebuah kerajaan pilihan rakyat. Ini terbukti  kerana berlakunya penurunan yang sangat ketara untuk jumlah pengundi sejak 1978 . Hanya 42% rakyat AS daripada keseluruhan jumlah pengundi yang layak mengundi pada tahun 2014 menjalankan tanggungjawab mereka.

Perkara ini bukanlah mengejutkan kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor penyumbang yang menjadi sebab kepada penurunan tersebut.

 

 Electoral College

Sistem pilihan raya AS ini telah diguna pakai sejak 1787. Sistem yang sangat unik dan menyusahkan ini menjadikan  AS bukanlah sebuah negara demokrasi. Sistem ini mengetepikan  sistem majoriti penduduk, dan menerima sistem majoriti mengikut kiraan negeri di AS.

US1
Electoral College 2012 (Pada pilihanraya 2012), Obama telah memenangi kerusi presiden AS ke atas Romney dengan undi majoriti negeri sebanyak 132 undi, tetapi bukan undi majoriti rakyat AS.

 

 

Polisi politik

Kajian daripada Robert Erikson dan Micheal Barber, pakar sains politik mendapati, taburan penduduk yang turun mengundi menghampiri golongan berpendapatan sederhana. Ini jelas membuktikan, pilihanraya di AS calon-calon presiden meletakkan fokus pada golongan sederhana pada polisi-polisi mereka.

 

Sumber: Census Bureau, 2015
Sumber: Census Bureau, 2015

Dalam kajian berbeza yang dijalankan oleh Andrea Louise Campbell mendapati, program-program yang berbentuk kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan meningkatkan peratus turun mengundi masyarakat manakala program yang berbentuk kebajikan, bantuan perumahan menghasilkan kesan yang berbeza.

 

Identiti Parti

Dasar parti yang sama antara Republikan dan Demokrat menjadi salah satu faktor peratus kejatuhan turun mengundi. Polisi yang ditawarkan kepada masyarakat yang tidak jauh berbeza menjadi faktor penurunan peratusan turun mengundi.

 

Polisi progresif mempengaruhi jumlah pengundi

Dalam satu soal selidik yang diadakan ke atas 1,500 orang menunjukkan kegagalan kerajaan AS menyediakan pendidikan percuma menjadi faktor utama lebih hampir separuh rakyat AS tidak meletakkan kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

 

Sumber: Progressive Change Institute, 2014
Sumber: Progressive Change Institute, 2014

 

Rakyat Amerika Syarikat jemu

Kajian yang diadakan oleh USA Today, pada 2012 mendapati lebih separuh daripada rakyat AS kecewa dengan kerajaan AS yang tidak melakukan apa-apa perubahan sigifikan kepada negara. Diikuti dengan wujudnya pelbagai skandal yang wujud dalam politik.

Sumber: USA Today, Ogos 2012
Sumber: USA Today, Ogos 2012

Soal selidik yang dijalankan ini secara tidak langsung menjadikan strategi yang dicatur oleh Republikan ini sebenarnya merencat apa-apa perancangan daripada kerajaan untuk rakyat.  Kurang daripada 1 dalam 5 orang rakyat Amerika percaya kerajaan memberi manfaat semua lapisan masyarakat.

 

Kerajaan Amerika Syarikat hanya menguntungkan sesetengah golongan

Sumber: ANES, 1964-2012
Sumber: ANES, 1964-2012

 

Kesimpulan

Punca-punca seperti hanya kumpulan sasaran tertentu diambil berat, sistem pilihanraya yang menyusahkan, polisi kerajaan yang kelihatan tidak mesra rakyat secara keseluruhan, janji kerajaan yang tidak dilaksanakan serta tiada perbezaan yang ketara antara tawaran yang dibuat oleh parti yang bertanding ini merupakan antara sebab utama kenapa berlakunya penurunan jumlah pengundi secara drastik jumlah rakyat turun mengundi jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Tanpa adanya satu langkah yang drastik oleh parti Demokrat seperti menerima dasar-dasar progresif yang popular, pada pilihanraya akan datang, masa depan AS kelihatan suram. Rakyat AS kelihatan menginginkan satu bentuk penyelesaian masalah secara serius, efektif dan kolektif. Menjelang 2016 pilihan raya, Demokrat perlu menerima dasar-dasar progresif popular untuk meyakinkan pengundi berpotensi yang mereka memang berbeza dan mereka menawarkan penyelesaian sebenar.

Tetapi tanpa tekanan daripada pengundi-pengundi terhadap bakal calon pemimpin mereka mungkin harapan rakyat AS untuk mempunyai seorang pemimpin yang berwawasan tidak mungkin terhasil. Sikap calon pemimpin AS hanya melobi golongan sasaran juga akan merugikan masyarakat negara Uncle Sam tersebut dan menjauhkan rakyat yang tergolong dalam kategori rendah dan sederhana.

 

Susunan: Mohd Khairil Alias

Sumber: al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TPPA Pasca Perbincangan di Hawaii, Pelbagai Masalah Masih Belum Selesai

Next Post

Terbaru tentang Konflik Perjanjian Nuklear iran

Related Posts
Skip to content