Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Nuklear Iran

 

Keadaan di kilang tapisan minyak di Tehran (Sumber: AP Photo)
Keadaan di kilang tapisan minyak di Tehran (Sumber: AP Photo)

Perjanjian nuklear yang termeterai di Vienna pada Selasa lepas berupaya untuk membentuk semula pasaran minyak dunia. Setelah hampir dua tahun rundingan diadakan, akhirnya Iran yang merupakan pengeluar keempat terbesar bagi minyak dunia akan mendapat manfaat hasil daripada pemansuhan sekatan antarabangsa terhadap eksport minyak negara terbabit sebagai pertukaran kepada kawalan program nuklear mereka.

Berapa banyak jumlah keluaran minyak Iran?

Menurut menteri yang bertanggungjawab atas urusan minyak Iran, Bijan Namdar Zanganeh mengatakan bahawa Iran mampu meningkatkan hasil eksport minyak mereka sehingga 500,000 tong sehari sebaik sahaja sekatan dimansuhkan, seterusnya mereka mampu meningkatkan keluaran sebanyak 500,000 tong lagi untuk enam bulan berikutnya. Tahun ini sahaja, Iran mampu mengeluarkan purata sebanyak 2.8 juta tong sehari.

Menurut Goldman Sach Group Inc., untuk melakukan penambahan sebanyak 500,000 tong sehari Iran perlu menunggu selamatempoh  setahun terlebih dahulu bagi memastikan Iran patuh dan mengikuti syarat perjanjian nuklear tersebut.

Apakah kronologi masa bagi perjanjian ini?

Sekatan antarabangsa ke atas eksport minayk Iran akan berterusan sehingga United Nations mengeluarkan laporan yang meneliti sejauh mana Iran patuh akan syarat perjanjian nuklear ini. Laporan ini dijangka dikeluarkan pada Disember ini.

Menurut diplomat European Unions, mereka akan menghapuskan sekatan sebaik sahaja Iran dilaporkan mengikuti syarat yang telah dipersetujui. Namun, Barack Obama menegaskan bahawa perjanjian akan dibatalkan serta merta sekiranya Iran didapati melanggar syarat perjanjian tersebut yang menuntut mereka untuk mengurangkan aktiviti dan program nuklear Iran.

Apa potensi Iran dalam hal ini?

Menurut BP Plc. sumber simpanan minyak Iran dianggarkan berjumlah sebanyak 157.8 bilion tong dan mampu menampung bekalan tenaga China untuk 40 tahun lagi. Malah, Iran adalah negara yang menjumpai sumber minyak mentah pertama di Timur Tengah pada tahun 1908, dan mampu mengeluarkan 6 juta tong minyak sehari untuk tujuh dekad seterusnya.

Namun, kapasiti minyak Iran merosot disebabkan kekurangan pelaburan dan teknologi. Malah, jumlah syarikat Barat merosot dengan mendadak sejak Revolusi Islamik 1979.

Apa makna kehadiran semula Iran buat OPEC?

Peningkatan bekalan minyak mentah hasil kehadiran semula Iran mampu menguatkan strategi Arab Saudi untuk menekan negara pengeluar yang meletakkan harga yang tinggi, di samping meningkatkan lagi daya saing antara negara-negara pengeluar minyak, OPEC.

Apa pasaran dunia yang menjadi fokus Iran kali ini?

Kali ini Iran akan menumpukan perhatian untuk memasarkan sumber bekalan minyak mentahnya ke pasaran Asia kemudian baru beralih kepada pasaran Eropah.

Berikutan sekatan antarabangsa yang berlangsung sejak tahun 2012, pasaran minyak di Asia telah dimonopoli oleh Arab Saudi dan Kuwait. Manakala pasaran Eropah telah diambil alih oleh Rusia, Iraq dan Arab Saudi.

 

Susunan: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: Bloomberg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Imbasan Aidilfitri: Muslim Seantero Dunia Menyambut Syawal

Next Post

Islam Bakal Mendominasi China

Related Posts
Skip to content