Erdogan: Demokrasi Ertinya Menghormati Kehendak Rakyat

tayyip-erdogan-9-at-the-UNGA

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa demokrasi hanya dapat dicapai dengan menghormati kehendak rakyat.

Menurut beliau lagi, hanya demokrasi sebenar melalui cara tersebut yang akan membawa kepada kemakmuran.

Erdogan turut memuji pencapaian Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin oleh beliau, di samping menegaskan bahawa sebagai presiden, beliau tidak berat sebelah terhadap mana-mana parti politik di negara Turki.

“ Sebagai presiden, saya mungkin tidak mampu melaksanakan semua projek sendiri, tetapi kesetiaan saya tertumpah kepada rakyat Turki dan kesejahteraan mereka, “ kata beliau.

Erdogan mengulangi mengenai sokongan negara Turki terhadap mana-mana individu yang tertindas di seluruh dunia terutamanya mereka yang menuntut bantuan daripada Turki.

Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: https://www.middleeastmonitor.com/news/europe/18789-erdogan-democracy-is-to-respect-peoples-will

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdogan : Bagi saya, Morsi ialah Presiden Mesir

Next Post

Presiden Jerman Enggan Bertemu As-Sisi

Related Posts
Skip to content