Arab Saudi gagal dapatkan bekalan senjata moden daripada Amerika Syarikat, sekadar terima kelengkapan ketenteraan untuk logistik dan penyelengaraan

Sebagai pertukaran kepada perjanjian menormalisasi hubungan dengan Israel, Arab Saudi meletakkan perolehan senjata canggih daripada A.S. sebagai salah satu syarat meneruskan perjanjian itu. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat pada minggu ini sekadar meluluskan potensi penjualan kelengkapan ketenteraan bernilai hampir 2.8 bilion dolar kepada Arab Saudi untuk logistik dan sokongan penyelenggaraan. – (Middle East Monitor, Fokus)

Larangan eksport senjata ke Arab Saudi bermula sejurus Joe Biden mengambil alih peranan sebagai presiden A.S. daripada Trump pada 2021. Namun, sejak 7 Oktober 2023, A.S. berulang kali menyatakan komitmen untuk mengangkat larangan eksport tersebut demi mempercepatkan perjanjian normalisasi Saudi-Israel. Pada Mei tahun ini, Amerika Syarikat menyatakan tiada jaminan penjualan jet pejuang F-35 kepada Saudi akan berlaku meskipun ia sebahagian daripada tuntutan Arab Saudi. – Middle East Eye, Middle East Monitor, Financial Times, Reuters)

Pada 2023, Arab Saudi merupakan pembeli senjata terbesar dengan nilai hampir 200 bilion dolar di Timur Tengah susulan daripada peningkatan perbelanjaan sebanyak 4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Setakat 2019, A.S. mewakili 73 peratus daripada import senjata Arab Saudi. – (Brookings)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Permian Global ketuai lelongan kredit karbon pertama keluaran Malaysia, bataskan pembangunan tanah dan sumber di Hutan Hujan Kuamut

Next Post

Anak syarikat milik kerajaan China Baosteel Group labur USD1 bilion untuk kuasai 50 peratus saham usahasama keluli dengan Arab Saudi, beri manfaat kepada projek NEOM 2030 dan penguasaan industri keluli China di Timur Tengah

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content