Artikel-artikel pilihan sepanjang tahun 2015

Berikut adalah artikel-artikel pilihan Focus sepanjang tahun 2015 ini yang mendapat rating tertinggi daripada pembaca. 

1. Apa yang anda perlu tahu tentang BERSIH 4.0?

photo_2015-08-29_22-55-09

Artikel tulisan saudara Aiman Faudzi penganalisis di IRIS Institute yang juga merupakan pelajar Masters Sains Politik di UKM ini menceritakan tentang perkaitan BERSIH 4.0 dengan badan-badan pendana antarabangsa seperti NED (National Endowment For Democracy), NDI dan juga Open Society. Anda boleh membacanya di sini.

2. Kenapa Ringgit Malaysia Jatuh?

moneycurrency

Artikel berkaitan ekonomi ini ditulis oleh saudara Farhan, penganalisis ekonomi di CAPE. Saudara Farhan merupakan graduan ekonomi daripada University of New South Wales Australia. Anda boleh baca penjelasan bermanfaat beliau tentang kejatuhan nilai ringgit, melalui tiga siri ini. Siri [1], [2] dan [3].

 

3. Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA?

A supplied image of Prime Minister Julia Gillard attending the Trans Pacific Partnership meeting hosted by President of the United States, Barack Obama with the Sultan of Brunei, New Zealand Prime Minister Key, Malaysia Prime Minister Najib Razak , Singapore Prime Minister Lee and Vietnam Prime Minister Dung in Phnom Penh, Cambodia, on Tuesday, Nov. 20, 2012. (AAP Image/Auspic, David Foote) NO ARCHIVING, EDITORIAL USE ONLY
Perjumpaan pemimpin negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA di Phnom Penh, Cambodia pada 20 November 2012 (AAP Image/Auspic, David Foote)

Artikel analisis berkaitan  TPPA ini ditulis oleh penganalisis IRIS, saudari Nur Hanis Mohamad Noor pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Amerika Syarikat. Beliau menerangkan analisis keburukan dan kebaikan sekiranya Malaysia menandatangani perjanjian TPPA. Kesimpulan beliau, TPPA banyak mendatangkan mudarat kepada Malaysia.  Anda boleh mengikuti siri-siri tulisan beliau di sini [1], [2], [3], [4], [5]

4. Perluasan Sempadan China di Laut China Selatan

 

1029434980

Artikel mengenai perluasan sempadan China di Laut China selatan, ditulis oleh saudara Faqih Aqili yang juga merupakan pelajar PHD di University of Manchester. Dalam artikel ini beliau menceritakan perancangan China untuk menguasai Laut China Selatan secara ringkas. Anda boleh membacanya di sini. Jika anda ingin membaca analisis, dan perkembangan berita terbaru mengenai isu ini, anda boleh teruskan setia bersama FOCUS.

 

5. Keganasan Berlaku Disebabkan oleh Israel – Tun Dr.Mahathir

mahathir-is

Tulisan yang dipetik daripada laman portal FMT ini diterjemahkan oleh saudari Khadijah Hanim pelajar Malaysia di Amerika Syarikat, beliau juga merupakan salah seorang kolumnis di laman portal FOCUS ini. Artikel ini memberi kefahaman kepada kita, bahawa Israel penyebab kepada krisis dunia yang berlaku di dunia, terutama di Timur Tengah. Anda boleh membaca terjemahan beliau di sini.

6. “Krisis Turki Menunjukkan Fasa Baru Pelan Israel Raya” – Penganalisis

ISIS-is-working-on-Mossad-CIA-plan-to-Create-Greater-Israel-2-777x437-640x360

Artikel ini ditulis oleh saudara Luqman Abd Hamid, penganalisis di IRIS, berkaitan krisis yang terjadi di Turki baru-baru ini tentang projek Israel Raya. Anda boleh membaca artikel ini di sini.

 

7. Perdana Menteri Baru Kanada Penyokong Kuat Israel di Perhimpunan Umum PBB

maxresdefault

Ketika awal kemenangan Trudeau ramai orang tertipu dengan imej yang ditonjolkan beliau. Artikel yang diterjemahkan oleh saudari Khadijah Hanim, kolumnis FOCUS yang juga merupakan pelajar di Amerika Syarikat, menyangkal dakwaan kononnya mengatakan bahawa Justin pro kepada dasar-dasar Islam. Sebaliknya beliau adalah penyokong kuat kepada projek-projek Israel. Anda boleh membacanya di sini.

8. OBAMA berjumpa lagi dengan proksi Amerika di Malaysia

Artikel ini ditulis oleh COO IRIS Institute saudara Syed Ahmad Israa’ yang mengadakan lawatan kerjasama di Center for Ottoman Malay Studies di Turki. Banyak dapatan beliau sepanjang keberadaan di sana boleh kita baca dan teliti dapatanya. Anda boleh membaca tulisan beliau di sini.

10. Dunia Islam masih punya harapan?

12274699_1228359443847794_8527080386823607665_n (1)

Penutup bagi tahun 2015 ini diakhiri dengan satu persidangan KL Summit yang mengumpulkan pemikir-pemikir dunia Islam, untuk duduk memikirkan solusi dan membina sistem ke arah membina kekuatan kembali negara-negara Islam. Anda boleh membaca artikel itu di sini.

p/s:

Teruskan bersama kami di FOCUS. Kami akan terus menyajikan kepada anda info-info ilmiah berkaitan apa yang terjadi di seantero dunia, berdasarkan dari kaca mata kajian dan analisis terkini. Sebar-sebarkan kepada kenalan anda, semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang akan beroleh manfaat. Jumpa lagi pada tahun hadapan. InshaAllah! Nantikan kejutan-kejutan seterusnya daripada kami! Terima kasih atas sokongan anda!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

5 buah negara Timur Tengah dipecahkan menjadi 14

Next Post

Sekilas Pandang Dunia 2015

Related Posts
Skip to content