BERSIH: Cubaan Menggulingkan Kerajaan Malaysia Melalui Rusuhan yang Dibiayai Amerika Syarikat

CFR_report

“Bersih”- sebuah pergerakan yang menentang kerajaan yang sedang diterajui oleh Perdana Menteri Najib Razak di Malaysia, merancang untuk melangsungkan demonstrasi jalanannya yang ke-4 menjelang hujung bulan Ogos ini.

Pergerakan ini mendakwa matlamat utama mereka adalah “pilihanraya yang bersih dan adil”. Bersih dibiayai oleh NGO yang turut dibiayai oleh Amerika Syarikat. Meskipun diberikan pembiayaan yang besar oleh Amerika Syarikat, pergerakan ini mengaku masih memerlukan bantuan dana. Bantuan yang mereka terima setakat ini dikatakan telah mencapai 1.2 juta ringgit Malaysia.

Walaupun gerakan ini mendakwa mereka hanya ingin merubah politik Malaysia, Maria Chin Abdullah, pemimpin baharu Bersih, mengaku bahawa matlamat demonstrasi kali ini juga adalah untuk menukar kerajaan Malaysia yang sekarang.

 

“Pilihanraya yang bersih dan adil” yang dimaksudkan oleh pemimpin Bersih itu adalah pilihanraya di mana lawan mereka dilemahkan atau dihapuskan supaya mereka boleh mengambil alih kuasa – dalam kata lain sebuah perubahan rejim yang didokong oleh Amerika Syarikat.

 

Gerakan Bersih di Malaysia merupakan satu lagi contoh “kuasa halus” Amerika di mana Thailand dan Myanmar turut menjadi mangsa kuasa ini. Tujuan utama Amerika melakukan tindakan yang sedemikian adalah untuk menyatukan negara-negara Asia yang lain dalam usaha untuk mengawal pertumbuhan China. Amerika Syarikat mengaku secara terbuka dalam polisinya yang baru-baru ini diterbitkan oleh Council on Foreign Relations (CFR) bahawa ia bermatlamat untuk mengekalkan keutamaannya di semua negara Asia terutama sekali China.

Laporan yang bertajuk “Revising U.S. Grand Strategy Toward China”, menyatakan dengan jelas:

 

“Oleh sebab usaha Amerika dalam mengintegrasikan China ke dalam turutan liberal antarabangsa telah menggugat kepentingan Amerika Syarikat di Asia-dan boleh menyebabkan kuasa Amerika tercabar secara global-Washington memerlukan satu strategi yang baru untuk menghadapi China dengan memastikan kenaikan kuasa China berada dalam keadaan yang terkawal daripada membantu kuasa mereka untuk terus naik.”

 

Laporan tersebut mengaku bahawa pertumbuhan China akan membawa keuntungan bukan sahaja kepada rakyat negara itu tetapi kepada negara serantau mereka. Pertumbuhan itu perlu dihentikan untuk mengekalkan kepentingan Amerika Syarikat di serantau Asia.

Kebanyakan cadangan yang dinyatakan dalam laporan tersebut melibatkan sekutu AS membelanjakan sejumlah besar wang dan modal politik untuk membantu Washington menghadapi China. Ada di antara cadangan tersebut sedang dilaksanakan oleh beberapa sekutu Amerika di kawasan tersebut tetapi tidak meninggalkan banyak kesan. TPP turut diakui sebagai salah satu usaha dalam mengukuhkan dominasi Amerika Syarikat di serantau Asia. Menurut laporan itu lagi:

 

“…TPP akan menjadi satu demonstrasi yang jelas tentang kesungguhan Amerika Syarikat untuk bersaing dalam ekonomi di rantau Asia. Dengan cara yang sama juga, strategi besar A.S untuk menghadapi China akan menjadi lemah sekiranya TPP tidak dilaksanakan.”

 

Tidak hairanlah apabila “Pivot Toward Asia” ini rebah kerana setiap kompromi yang disampaikan hanya bertujuan hanya untuk mengukuhkan kuasa Amerika Syarikat di Asia. Pemimpin-pemimpin serantau yang benar-benar prihatin terhadap kepentingan negara mereka pula terperangkap di antara mencetuskan kemarahan Amerika atau melepaskan peluang dalam mengaut keuntungan melalui kerjasama dengan China.

Usaha Amerika Syarikat dalam menjadikan “Asia sebagai paksi utama” telah menjadi suatu pergaduhan melibatkan keganasan dan rusuhan jalanan untuk menukar rejim yang pada seharusnya merupakan satu cara untuk menjalinkan hubungan yang telus dengan Asia.

 

Terjemahan oleh: Shamimi Amlee

Sumber: GlobalResearch.org

 

2 comments
  1. I faithfully follow and support FOCUSS for delivering neutral daring issues forward. We share same concerns regarding nwo invasion. So much bullshits happening to our country, attacking from intelligent minds to poor because lack of care to read more. Not all interested into knowing the chess game planned and played well behind for hundreds of years, and tell me all conspiracy theories are all banal. I pray success for FOCUSS. Continue delivering true news.

  2. Kami antara pembaca tegar FOCUSS.MY. alhamdulillah, info yang jitu, padu dan segar dari ladang membuatkan kami mewajibkan diri kami untuk membaca kesemua artikel dan sumber rujukan yang dikeluarkan dan dinyatakan oleh pihak FOCUSS.MY.

    Moga Allah pelihara korang dan mudahkan urusan korang dalam menyampaikan maklumat pada public.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa yang anda perlu tahu tentang BERSIH 4.0?

Next Post

“Kita semua pro-Israel” – Obama

Related Posts
Skip to content