Blackrock-Ditrolic Energy Sdn Bhd Jalin Kerjasama Tenaga Solar, Luaskan Pengaruh Blackrock dalam Industri Tenaga Boleh Baharu di Asia Tenggara Termasuk Malaysia

Ditrolic Energy yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2009 merupakan salah satu pemaju tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia telah memperoleh suntikan modal sebanyak $673m (RM3.18bn) untuk meningkatkan pembangunan projek tenaga solar di seluruh Asia Pasifik. Suntikan modal itu dibiaya oleh Perkongsian Kewangan Iklim (CFP) milik BlackRock. Syarikat itu kini mengendalikan dan membina lebih 450MW aset solar di Malaysia, negara Asia Tenggara, Bangladesh, dan China. (PowerTechnology, Solarquarter)

CFP merupakan usaha kerjasama yang melibatkan BlackRock dan entiti kerajaan daripada negara Perancis, Jerman dan Jepun, bersama dengan organisasi terkemuka AS. Ia bertujuan untuk menyalurkan modal gabungan ke dalam projek infrastruktur iklim di negara bukan OECD di seluruh Asia, Amerika Latin dan Afrika. (Solarquarter)

Melihat kepada trend semasa, organisasi proksi Blackrock (CFP) giat membuat pelaburan strategik bagi tenaga boleh baharu ke dalam negara Asia Tenggara melalui perkongsian dengan syarikat tempatan seperti di Filipina, Thailand dan Malaysia. Pada Mei 2023, CFP membuat pelaburan pertama di Asia melalui kerjasama dengan syarikat Filipina, CleanTech Global Renewables Inc. Kemudian, di Thailand pula melalui kerjasama dengan Chow Energy pada September 2023. Di Malaysia pula, CFP telah menyuntik modal kepada syarikat tempatan Ditrolic Energy, yang menguasai pasaran Asia Tenggara. (Hubbis, AsianPower)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sarawak Rancang Ambil Alih Autonomi Alam Sekitar daripada Persekutuan, Bakal Perkukuh Agenda Tenaga Hijau Sarawak

Next Post

100 days of Taufan Al-Aqsa: What’s Next After ICJ?

Related Posts
Skip to content