China Main peranan utama dalam pembangunan semula Afghanistan- Jurucakap Taliban

Chinese State Councilor and Foreign Minister Wang Yi meets with Mullah Abdul Ghani Baradar, political chief of Afghanistan’s Taliban, in Tianjin, China July 28, 2021. Picture taken July 28, 2021. Li Ran/Xinhua via REUTERS ATTENTION EDITORS – THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. CHINA OUT. NO RESALES. NO ARCHIVES.

Ankara: Jurucakap Taliban, Suhail Syahin berkata, China memainkan peranan utama untuk membangunkan semula Afghanistan ketika ditemu bual oleh stesen televisyen rasmi China pada Jumaat lalu untuk menceritakan situasi semasa politik di Afghanistan.

Tambah beliau, China merupakan negara yang besar, mempunyai kekuatan dan ekonomi yang kukuh untuk membantu membangunkan semula Afghanistan.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa dan negara sekitar untuk turut sama membantu, mereka terdesak untuk mendapat sokongan semua negara.

Syahin menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu menghormati kehendak rakyat Afghanistan dengan mengiktiraf pimpinan Taliban sebagai pimpinan negara.

Pada Ahad lalu, Taliban telah menguasai Kabul, dalam tempoh kurang 10 hari, walaupun berbilion-bilion dolar Amerika Syarikat dan NATO telah dihahabiskan lebih dari 20 tahun untuk membina pasukan keselamatan Afghanistan.

Sumber: Anadolu Ankara

Terjemahan oleh:
Fathiah Zulkifli
Ketua Unit Penyuntingan Fokus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Afghanistan’s drug money: What’s the real deal?

Next Post

Apa Yang Berlaku Di Pejabat Tanah Jajahan, sebelum Malayan Union Dicadangkan?

Related Posts
Skip to content