China Dream, One Belt One Road (OBOR) dan Peranan Diaspora Cina

14495324_1467599453257124_38688322599134163_n

Penggunaan strategi Fen Fa You Wei demi China Dream

Membaca tulisan Tan Yew Sing, Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaysia (Malaysia China Chamber of Commerce) di akhbar The Star tentang OBOR, saya tertarik dengan kata-kata beliau tentang hasrat China Dream melalui OBOR. Ini sekaligus menerangkan pandangan asas tentang penerimaan dan sokongan orang Cina terhadap projek OBOR.

“The One Belt One Road initiative wants to promote the China Dream. Yet, if it aims to mobilise Chinese in particular and people of the world in general, to have real impact, the ambition needs to be upgraded, from not only rebuilding China, but also to rujevenating Chinese Culture and ensuring its contribution towards charting a common destiny of mankind”

Apakah yang dimaksudkan dengan China Dream? Di dalam buku ‘China Dreams 20 Visions of the Future’, William Callahan menyatakan bahawa China sedang memasuki fasa keamanan dan kemakmuran (Taiping Shengshi). Ianya satu fasa yang bukan sahaja akan digunakan untuk mengukuhkan sistem politik dalaman negara tetapi juga menjadi kuasa dunia yang baru.

Fasa ini akan dilaksanakan selepas kejayaan mereka melaksanakan strategi “Tau Guang Yang Hui” di mana kekuatan mereka disembunyikan dan bersikap rendah diri dalam arena polisi antarabangsa. Kini strategi baru iaitu “Fen Fa You Wei” yang membawa maksud berusaha dan bekerja keras demi kejayaan dan kekuatan akan dilaksanakan. [1]

OBOR adalah salah satu projek yang digunakan oleh Xi Jinping dalam merelisasikan hasrat China Dream untuk menjadi kuasa besar dunia. Ini diakui oleh penganalisis politik yang berpusat di Eropah Timur, Bogdan Goralczyk di mana beliau menyatakan Xi Jinping menggariskan dua matlamat utama yang ingin dicapai melalui perancangan dasar luar ini (Zhongguo Moshi).

Pertama, menjelang tahun 2021, pendapatan per kapita GDP rakyat China dijangkakan akan meningkat dua kali ganda daripada per kapita GDP rakyat China pada tahun 2010. Ideanya adalah untuk membina masyarakat yang kaya (Xiaokang shehui). Matlamat kedua melalui OBOR adalah untuk memenuhi impian China (Zhongguo Meng) mengembalikan semula kegemilangan negara China (Zhonghua minzu weida fuxing).

 

Jaringan diaspora Cina yang Wujud Tanpa Sempadan

Melalui matlamat yang digariskan, kebangkitan rakyat China bukan sahaja mengaitkan mereka yang beretnik Han, tetapi juga diaspora Cina (hua qiao) di serata dunia. Objektif utama adalah untuk menyatukan semua orang Cina dan menghubungkan semua tanah yang diduduki oleh orang Cina. ini menunjukkan hasrat mereka untuk mengembalikan semula kegemilangan Middle Kingdom.

Perhatikan kepada pandangan kedua ucapan Tan Yew Sing. Saya tidak berhasrat untuk mengulas dari aspek budaya kali ini tetapi perhatikan bagaimana tindakan dan penerimaan diaspora Cina melalui strategi ini:

“Yet, if it aims to mobilise Chinese in particular and people of the world in general, to have real impact, the ambition needs to be upgraded, from not only rebuilding China, but also to rujevenating Chinese Culture and ensuring its contribution towards charting a common destiny of mankind”

Memandangkan persamaan yang dikongsi bersama, kerajaan China mencari sokongan daripada diaspora Cina di serata dunia untuk menjayakan strategi dasar luar mereka, iaitu China Dream. Ini dapat diakui oleh Ming Wan, George Mason University di dalam artikelnya:

“The Chinese government has actively solicited moral and financial support from the Chinese diaspora around the world, appealing to a shared cultural heritage and shared desire for a rejuvenated Chinese homeland. Consistent with its general practice, the PRC government has already linked Xi’s “China Dream” with its overseas Chinese affairs work.

Terdapat beberapa bukti yang menyokong kenyataan di atas. Sebagai contoh, keluarga Tanoto telah menyumbangkan dana berjumlah RMB 100 juta kepada projek latihan dan pembangunan OBOR. Keluarga Tanoto adalah keluarga diaspora Cina yang menetap di Indonesia yang menguasai banyak sektor ekonomi di sana. Ini dapat dilihat daripada petikan berita di bawah:

“Tanoto Foundation has donated RMB 100 million to fund, over the next ten years, talent training initiatives between the People’s Republic of China and countries in the One Belt, One Road (OBOR) programme. A donation agreement was signed last Friday with the Chinese Language and Culture Education Foundation of China, a non-profit foundation established under the Overseas Chinese Affairs Office of the State Council.”

China juga akan memperkenalkan “Chinese Card” kepada diaspora Cina, termasuklah di Asia Tenggara. Asia Tenggara mempunyai populasi diaspora Cina yang terbesar terutamanya di Indonesia, Malaysia, Myanmar, Vietnam, Singapura dan lain-lain. Hasrat kerajaan China adalah untuk memanggil balik mereka kembali ke China dengan membina Pusat Bandar Overseas China di antara Meizhou dan Songkou. Populasi bandar Meizhou adalah sama seperti bandar Georgetown Pulau Pinang dan 4 kali lebih besar daripada Singapura. Projek ini dijangka akan menarik pemaju Cina daripada Malaysia dan bandar yang akan dibina akan direka khas supaya sesuai dengan ciri-ciri tempatan penduduk diaspora Cina tersebut.

Di Malaysia, usaha ini digerakkan melalui peranan yang dimainkan MCA dan persatuan peniaga Cina Malaysia. Pelbagai usaha yang telah dijalankan untuk melaksanakan projek OBOR di Malaysia. Antaranya adalah dialog tahunan untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara MCA dan Parti Komunis Cina.

MCA telah menganjurkan dialog bersama Chinese Community Party (CCP) China Economic Cooperation Centre bermula daripada Julai tahun lepas. Dialog yang dilaksanakan tahun lepas dihadiri 250 orang . Peniaga daripada China dan Malaysia. Antara yang hadir adalah Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, setiausaha MCA, Ong Ka Chuan dan Zhou Li daripada Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC).

Dialog yang dijalankan tahun ini pada bulan September telah dihadiri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, penolong Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Jawatankuasa pusat kepada menteri Li Jun, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia Datuk Ter Leong Yap dan wakil Persekutuan Tujuh persatuan Suku Tan Sri Koo Yuen Kim.[2]

Seorang penganalisis CSIS dari Indonesia di dalam artikelnya mengatakan bahawa perhubungan OBOR ini berpotensi menggadaikan kedaulatan negara kerana jaringan sesama diaspora Cina wujud tanpa sempadan (Guanxi). Apakah perhubungan in hanya sekadar ekonomi dan tiada campur tangan lain dari sudut politik?

Jika melihat kepada keadaan dan posisi Malaysia, hal ini hanyalah retorik semata-mata. ini dapat dilihat melalui tindakan Duta China, Huang yang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi bertujuan melindungi kepentingan peniaga-peniaga Cina di sana. Turut mengiringi beliau pada lawatan tersebut adalah Datuk Ang Say Tee, yang merupakan pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kuala Lumpur dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MCA Ampang [3].

Jadi, adakah projek OBOR ini hanya sekadar projek yang membangunkan infrastruktur yang menguntungkan ekonomi ataupun ia digunakan sebagai strategi untuk membuka pintu terhadap campur tangan dalam hal politik dalaman negara yang terlibat dengan menggunakan diaspora Cina di serata dunia sebagai pengantar?

Persoalan yang jauh lebih penting – adakah projek OBOR ini akan menghakis taat setia mereka kepada negara?

 

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS Institute

 

[1] Sorensen, Camilla T.N.. The Significance of Xi Jinping’s “Chinese Dream” for Chinese Foreign Policy: From “Tao Guang Yang Hui” to “Fen Fa You Wei”. Journal of China and International Relations, v. 3, n. 1, May 2015.

[2] http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/04/china-biggest-player-in-manufacturing-liow-their-investment-has-reached-rm16bil/

[3] http://www.malaysianchinesenews.com/2015/09/china-is-our-friend-not-enemy/

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pentagon membayar sebuah syarikat perhubungan awam $540 juta untuk membuat video pengganas palsu

Next Post

Dokumen Bocor- Pendedahan Campur Tangan Soros ke dalam Politik Malaysia

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content