Ekovest batal hasrat beli Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR: Ekovest Bhd tidak akan meneruskan perjanjian induknya (HOA) dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) untuk membeli projek Bandar Malaysia.

Ia susulan tarikh pembelian 60 peratus saham dalam projek bernilai RM7.4 bilion itu yang sudah luput membabitkan usaha sama dengan IWH.

“Syarikat ingin mengumumkan yang ia dimaklumkan oleh IWH pada hari ini, bahawa Perjanjian Penjualan Saham Yang Dinyatakan Semula dan Dipinda (RASSA) di antara TRX City Sdn Bhd dan IWH-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) sudah luput.

“Akibatnya, Ekovest dan IWH tidak lagi akan meneruskan HOA bertarikh 8 Disember 2020 memandangkan ia kini sudah terbatal dan tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RASSA bagi pembelian 60 peratus saham dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) luput pada 6 Mei lalu.

Ia berikutan syarat-syarat terdahulu dalam perjanjian itu tidak dipenuhi oleh pihak-pihak berkenaan dalam tempoh syarat terdahulu.

RASSA bagi penjualan 60 peratus saham dalam BMSB kepada IWH CREC Sdn Bhd (ICSB), syarikat usaha sama antara IWH dan CREC, dimeterai pada 17 Disember 2019.

BMSB adalah milik penuh TRX City Sdn Bhd manakala TRX City pula adalah anak syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan (Diperbadankan).

“TRX City dan ICSB bekerjasama mencari jalan penyelesaian untuk mengekalkan perkongsian itu bagi merealisasikan matlamat bersama iaitu memanfaatkan potensi Bandar Malaysia.

“Meskipun usaha itu dilakukan, namun setakat ini, pihak-pihak berkenaan tidak dapat bersetuju secara bersama terhadap terma bagi lanjutan tempoh syarat terdahulu.

“Justeru, perjanjian ini kini dianggap terbatal dan tidak sah,” menurut kenyataan bersama TRX City, IWH dan CREC pada Rabu.

TRX City kekal komited untuk merealisasikan visi Bandar Malaysia, jelasnya.

Menurut kenyataan itu, mana-mana rancangan perniagaan serta pengkomersialan pada masa depan akan mengambil kira situasi pasaran serta agenda sosioekonomi nasional untuk memastikan ia terus berperanan sebagai pemboleh ekonomi penting yang akan menambah manfaat substantif kepada negara.

China Railway Group Ltd akan meneruskan jalinan rapat dengan TRX City dalam sebarang kerjasama masa depan di Malaysia manakala IWH pula terus menyokong kerajaan Malaysia dalam usaha pembangunan negara

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Varian Delta cenderung jadi dominan ‘dalam beberapa bulan akan datang’ – WHO

Next Post

Apa Akan Jadi Sekiranya Vaksin Di Malaysia Gagal Mencapai ‘herd immunity’?

Related Posts
Skip to content