Harga minyak meningkat Tatkala Israel mempertimbangkan Serangan balas terhadap Iran

FILE PHOTO: A gas flare on an oil production platform is seen alongside an Iranian flag in the Gulf July 25, 2005. REUTERS/Raheb Homavandi/File Photo

16 April – Harga minyak meningkat pada hari Selasa semasa ketegangan memuncak di Timur Tengah, selepas ketua tentera Israel mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran yang berlaku pada hujung minggu baru-baru ini.

Harga minyak Brent pada masa hadapan untuk penghantaran Jun telah meningkat 46 sen, atau 0.5%, kepada $90.56 setong.

Manakala, harga minyak mentah AS pada masa hadapan untuk penghantaran Mei pula meningkat 43 sen, atau 0.5%, kepada $85.84 setong.

Walau bagaimanapun, harga minyak telah dicatatkan lebih rendah pada hari Isnin selepas serangan Iran yang dikatakan ‘kurang merosakkan’ daripada yang dijangka.

Penurunan singkat ini pada mulanya meredakan kebimbangan terdapat kemungkinan bahawa konflik ini akan menjejaskan harga minyak mentah dunia.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Isnin telah memanggil kabinet perangnya untuk kali kedua dalam masa kurang 24 jam untuk mempertimbangkan strategi tindak balas terhadap serangan langsung pertama Iran ke atas Israel, kata sumber kerajaan.

Itu menimbulkan kebimbangan pasaran bahawa serangan balas Israel boleh memberi kesan kepada bekalan minyak.

Iran mengeluarkan lebih daripada 3 juta tong minyak mentah sehari sebagai pengeluar utama dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Kuasa besar China yang merupakan negara pengimport minyak terbesar dunia telah mengeluarkan angka KDNK terkini mereka yang menunjukkan kadar pertumbuhan yang perlahan iaitu 4.6% berbanding 5.2% sepanjang tiga bulan sebelumnya.

Kemerosotan ekonomi kuasa besar ini akan mengekalkan tekanan ke atas pembuat dasar untuk melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan ekonomi yang boleh meningkatkan harga minyak.

Sumber: Reuters (disunting), The Star (laporan asal)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Trend Kemasukan Warga Asing Terutamanya Dari China Melalui program MM2H

Next Post

Penilaian Konflik Iran-Israel Daripada Perspektif Negara Islam

Related Posts
Skip to content