Harga yang perlu dibayar dari program Vaksin

Melihat kepada trend vaksinasi secara bersasar dan besar-besaran, sememangnya seperti yang dijangkakan kategori 4 & 5 bagi golongan berumur akan menurun apabila kesan vaksin mula mengambil alih, tetapi pada masa yang sama kategori 4 & 5 bagi golongan muda-mudi (20-59 tahun) menunjukkan trend meningkat untuk beberapa ketika dan mungkin juga melibatkan kematian (tiada data ditunjukkan) sebaik sahaja liputan vaksinasi golongan berumur ini mula meluas.

Apabila liputan vaksin mula meluas dalam golongan muda-mudi ini, trend yang akan berlaku ialah akan muncul kes-kes jangkita teruk dalam kalangan remaja dan kanak-kanak yang berisiko (ada latar belakang penyakit). Ini ialah suatu keadaan yang sudah pun berlaku kepada beberapa buah negara lain yang lebih awal memberi vaksinasi seperti UK dan US. Satu perkara yang Malaysia perlu bersedia sekiranya plan persekolahan akan tetap dilaksanakan dalam masa terdekat.

Trend kemasukan pesakit Covid-19 kategori 4&5 ke Hospital Sungai Buloh mengikut julat umur

Apabila liputan vaksinasi mula mencecah angka ambang, kes-kes jangkitan teruk (kategori 4 & 5) serta kematian juga mungkin akan mula ‘menghantui’ golongan berumur 20 tahun ke atas yang tidak menerima sebarang vaksinasi (sama ada masih menunggu vaksinasi atau menolak). Pada masa yang sama kita juga akan melihat berlakunya satu trend di mana kes-kes kematian serta kategori 4 & 5 melibatkan mereka yang telah diberikan vaksinasi akan mula muncul dengan lebih jelas.

Ianya bukan suatu perkara yang pelik, bahkan inilah trend kesan vaksinasi secara bersasar dan besar-besaran, ie ‘hutang’ komplikasi jangkitan dan kematian perlu ‘dibayar’ secara beransur-ansur.

Walaubagaimanapun, semua ini sebenarnya menunjukkan bahawa vaksin yang ada berkesan melindungi jangkitan teruk, komplikasi dan kematian, tetapi ianya kurang sempurna.

Amin Rukaini Bin Mustafa
Pensyarah/Felo Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia
Universiti Malaysia Perlis

*Tulisan ini pertamanya ditulis di Facebook peribadi Dr Amin Rukaini MustafaTulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Fokus.my

Artikel lain yang berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia disaran manfaatkan instrumen zakat dan wakaf rawat ekonomi negara

Next Post

Pengunduran AS dari Afghanistan, Peluang China Untuk Bertapak?

Related Posts
Skip to content