HUBUNGAN DUA HALA MALAYSIA-INDONESIA LEBIH KUKUH – DR MAHATHIR

JAKARTA, 29 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, di Istana Presiden Bogor hari ini. Dr Mahathir mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia bagi memperkasakan hubungan dua hala dan kerjasama yang sedia ada antara Kuala Lumpur dan Jakarta. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 4 Julai : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan dimartabatkan ke peringkat yang lebih kukuh lanjutan lawatan rasmi  beliau ke negara itu baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam catatan laman Twitter rasminya berkata beliau kagum dengan sambutan luar biasa kepadanya dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta delegasi dari Malaysia.

“Saya percaya bahawa pertemuan kita telah menghasilkan satu kesepakatan dalam usaha untuk memartabatkan hubungan dua hala ke peringkat yang lebih kukuh. Terima kasih Bapak Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo),” kata Dr Mahathir yang membalas catatan Jokowi di Twitter, hari ini.

Dr Mahathir memilih Indonesia sebagai negara anggota ASEAN pertama beliau mengadakan lawatan  rasmi selama dua hari pada 28 Jun lepas sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Dalam lawatan itu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan empat mata bersama Jokowi bagi menghargai jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUNDINGAN SEMULA PROJEK CHINA DI MALAYSIA

Next Post

Sri Lanka pindahkan tentera laut ke pelabuhan milik China

Related Posts
Skip to content