Hubungan Mesir-Israel Semakin Erat Sejak al-Sisi Memerintah

Abdel Fattah al-Sisi (Sumber: IB Times)
Abdel Fattah al-Sisi (Sumber: IB Times)

 

Lima orang pegawai kanan Israel tiba di Kaherah semalam untuk meluangkan masa selama beberapa jam bertemu dengan pegawai kanan Mesir sebelum kembali ke Tel Aviv, menurut laporan oleh Anadolu Agency.

Sumber sekuriti Mesir memberitahu Anadolu bahawa perunding Israel, iaitu Yitzhak Molcho, adalah termasuk dalam rombongan yang terdiri daripada lima orang pegawai Israel itu.

Sumber itu berkata pegawai-pegawai Israel tersebut tiba di Kaherah pada waktu tengah hari dan bertolak kembali ke tempat mereka dengan pesawat peribadi beberapa jam kemudian.

Tiada sebarang maklumat diberikan mengenai lawatan secara tiba-tiba itu.

Hubungan Mesir-Israel semaking bertambah baik dan kukuh terutama sekali dalam isu-isu keselamatan selepas penyingkiran Mohamed Morsi, presiden Mesir yang pertama sekali dilantik melalui perlantikan bebas yang digantikan oleh Presiden Abdel Fatah Al-Sisi.

 

Terjemahan: Shamimi Amlee

Sumber: MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016: Polisi Timur Tengah yang Baru

Next Post

Turki: Kerajaan Campuran AKP dan CHP Bakal Menjadi Kenyataan

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content