Intifadha al-Quds; “A Wake Up Call” Buat Dunia Islam?

385055_the-Third-Intifada
Sumber: PressTV

Semboyan Intifadha Ketiga dengan nama Intifadha Al-Quds telah ditiupkan oleh Ismail Haniyeh dan jurucakap Hamas, Mushir Al-Masri, di satu perhimpunan kebangkitan rakyat palestin[1]. Intifadha ini merupakan siri Intifadha terbaru semenjak Intifadha kedua yang berakhir pada tahun 2005. Namun, Intifadha kali ini menjanjikan kebangkitan umat Islam yang lebih hebat dan holistik.

Intifadha merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948. Intifadha merupakan kata asal dari bahasa arab yang bererti “kebangkitan” dan di sini dapat dilihat sebagai kebangkitan umat Islam Palestin menentang penjajahan Israel.

Intifadha yang pertama bermula pada tahun 1987 dan kemudian di ikuti Intifadha kedua pada tahun 2000 kini Intifadha memasuki fasa terbaru semenjak kebangkitan hebat Hamas dan rakyat Palestin.

Peningkatan drastik kekuatan Hamas dan tentera sayap mereka,Briged Izz Ad-Din Al-Qassam didikan Allahyarham Syeikh Ahmad Yassin mendatangkan kegerunan di dalam hati tentera Zionis.Tebing Barat dan Gaza menjadi medan pertempuran antara rakyat palestin dan Israel

Pembunuhan demi pembunuhan insan yang tidak berdosa oleh tentera Israel semakin menjadi-jadi[2], tanpa mengenal umur atau jantina[3]. Kebelakangan ini kematian rakyat Palestin meningkat dengan kelulusan pengunaan peluru hidup oleh Benjamin Netanhayu bagi menyekat kemaraan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.[4]

Sepanjang Intifadha yang pertama angka kematian rakyat Palestin seramai 2,044 orang dan beribu ditahan dan diseksa secara kejam.Sepanjang Intifadha kedua pula angka kematian mencecah 3,354 orang rakyat palestin dan beribu lagi yang ditahan.

Pada Intifadha Al-Quds kali ini bagi bulan oktober ini sahaja, seramai 27 orang rakyat Palestin telah dibunuh secara kejam oleh tentera Israel, seramai 1400 orang cedera manakala lebih 400 yang ditahan.7 dari yang terbunuh merupakan dari golongan kanak-kanak.[5]

Kekejaman Israel ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan namun masih disenyapkan media barat dan pro-Israel.

Beberapa perkara umat Islam perlu fahami dan jelas akan isu ini.

 

Retorika Rusia-Israel-US-Iran yang membantut kebangkitan Islam

 Penglibatan Rusia dan US (yang merupakan sekutu rapat Israel) di Syria merupakan satu retorika permainan kedua-dua belah pihak sedangkan medan utama mereka adalah bagi mengekang sebarang kemaraan atau kekuatan umat Islam di bumi Syam dan Timur Tengah.

ISIS pula merupakan boneka Amerika Syarikat dalam peperangan ini  bagi membolehkan Rusia terlibat di Timur Tengah. Penglibatan Rusia juga sebagai helah bagi mengaut kekayaan minyak serta meningkatkan harga minyak global[6]

Kekuatan Rusia dan Amerika menyebabkan kebanyakan negara Islam tidak mampu bertindak kerana risau akan serangan dari kedua-dua blok besar dunia itu.Kedatangan Rusia ke timur tengah menutup jalan bantuan bagi mana-mana negara Islam untuk menghantar bantuan.

 

Realiti kuasa besar Islam hari ini

Turki pula masih dilanda kemelut politik dalaman yang masih tidak selesai dan gangguan oleh pihak Kurdi sekular di Turki sedikit sebanyak semakin memburukkan keadaan. Puak Kurdi ini mendapat sokongan kuat dari puak Kurdi yang lain di sempadan Syria sekaligus membuatkan Turki sentiasa berjaga-jaga di dalam negara sendiri.

Semenjak kejatuhan Presiden Morsi, Al-Sisi mengambil langkah menjalinkan kembali hubungan rapat dengan Israel dan Amerika dan kini menjadi boneka mereka. Beliau juga telah menutup dan membanjiri terowong Rafah yang menjadi pintu utama rakyat Palestin melintasi sempadan Gaza-Mesir.

Umat Islam tidak boleh tertipu dengan permainan Iran-Israel-Us kerana mereka mempunyai pakatan mereka bagi memegang kuasa Timur Tengah dan menguasai umat Islam di seluruh dunia[7]. Iran tidak lain tidak bukan merupakan boneka Israel bagi mengukuhkan kedudukan Israel di rantau Timur Tengah.Umat Islam tidak boleh tertipu dengan usaha-usaha sekutu Israel ini.

Laungan Iran bahawa mereka akan memerangi Israel hanyalah laungan penipuan oleh Iran bagi mendapatkan kepercayaan umat Islam di serata dunia dan mengaburi pakatan mereka bersama Israel.

 

Peranan Umat Islam di Malaysia

Pengunaan media sosial sepatutnya digunakan bagi manfaat umat Islam seperti menyebarkan keburukan Israel dan Amerika Syarikat di serata dunia serta mencelikkan isu aqidah ini yang masih samar-samar di mata umat Islam seluruh dunia. Perang siber merupakan antara teknik perang baru yang dapat mendatangkan kerosakan kepada imej serta mendatangkan ‘colateral damage’ kepada sekutu Israel serta Amerika Syarikat.

Permainan propaganda serta social network unconventional warfare bakal memainkan peranan penting kejayaan kebangkitan umat Islam di serata dunia.

Malaysia merupakan antara negara yang masih tidak henti memberi bantuan serta lantang menentang penjajahan Israel.Pelbagai jenis bantuan terus-menerus disalurkan kepada rakyat palestin melalui badan NGO seperti Aman Palestin dan sebagainya.

Sokongan tidak henti dari rakyat Malaysia seharusnya tidak disunyikan malah sepatutnya bertambah kuat. Masyarakat Palestin memandang tinggi Malaysia dan rakyatnya dan mengharapkan Malaysia sebagai tunjang utama membantu rakyat Palestin. Rakyat Malaysia serta kerajaan perlu lebih agresif membantu rakyat Palestin.

Ayuh bersatu cakna Palestin !

 

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi

Unit Kajian Timur Tengah Quds,

Penganalisis IRIS

 

Sumber:

[1]https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/21554-al-quds-intifada-has-started-and-flames-will-not-be-quenched

[2]https://electronicintifada.net/blogs/ali-abunimah/palestinian-youth-was-unarmed-when-killed-israel-new-video-confirms

[3]https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/21609-israel-arrested-560-palestinians-since-start-of-october

[4] http://www.theguardian.com/world/2015/sep/25/israel-live-ammunition-measures

[5]http://thepeninsulaqatar.com/news/middle-east/354888/27-palestinians-killed-1400-injured-and-400-arrested-in-october

[6] http://www.businessinsider.com/what-russian-intervention-in-syria-means-for-oil-2015-10

[7] http://www.informationclearinghouse.info/article18476.htm

 

2 comments
  1. “Namun, Intifadha kali ini menjanjikan kebangkitan umat Islam yang lebih hebat dan holistik.”
    Boleh detailkan lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mengapa Perjanjian TPP Terlalu Berahsia?

Next Post

Sungai Batu 500BC: Malaysia Mampu Buktikan Kehebatan Tamadun Melayu Sekiranya…

Related Posts
Skip to content