Israel Bina Lagi 800 Unit Penempatan Baru di Tebing Barat

Penempatan haram Israel di Tebing Barat
Penempatan haram Israel di Tebing Barat dalam pembinaan

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah meluluskan 800 unit perumahan baru di Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis.

Pejabat Netanyahu mendedahkan bahawa 300 unit haram telah diluluskan untuk dibina di kawasan penempatan haram Beit El dan 500 unit di Timur Baitul Maqdis.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Israel semalam mengeluarkan arahan untuk merobohkan secara haram dua bangunan di Beit El.

Tanah di mana kedua-dua bangunan itu dibina telah dirampas daripada pemilik asal iaitu Abed Al-Rahman Qasem dari perkampungan Dura Al-Qar’, atas alasan keselamatan.

Berikutan keputusan Netanyahu, penyelaras operasi Israel di wilayah-wilayah Palestin, Yoav Mordechai, menandatangani permit untuk menjual tanah bagi pembinaan di kawasan itu sebagai langkah persediaan bagi membina 296 unit rumah di Beit El, lapor akhbar Haaretz Israel.

Netanyahu juga telah meluluskan penjualan 91 unit rumah dan perancangan pembinaan 24 unit lagi dalam kawasan penempatan Pisgat Ze’ev. Beliau juga meluluskan pembinaan 300 unit rumah di penempatan haram Ramot, 70 unit rumah di penempatan haram Gilo dan 19 unit rumah di penempatan haram Har Homa di Timur Baitul Maqdis.

Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett memuji keputusan Perdana Menteri dengan menyebut “a Zionist response. This is the way in which we build our country.”

Tindakan Netanyahu Mendapat Kecaman PBB

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam mengutuk rancangan Israel untuk membina lebih daripada 800 unit penempatan baru di Timur Baitul Maqdis dan Tebing Barat, lapor Anadolu Agency. Turut disiarkan dalam satu kenyataan di laman web PBB.

Ban menggesa kerajaan Israel untuk “menghentikan dan menarik balik keputusan tersebut demi kepentingan keamanan dan perjanjian penyelesaian.”

Ban Ki-moon turut mengambil berat tentang ancaman penghapusan etnik di perkampungan Susiya di Kawasan Tebing Barat, yang mana pada 3 Ogos ini, mahkamah mendengar petisyen bantahan berkenaan penempatan haram itu.”

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rakyat New Zealand Turut Bantah TPPA

Next Post

Krisis Elektrik : 90 Peratus Kilang di Gaza Bakal Ditutup

Related Posts
Skip to content