13 Orang Ahli Ikhwanul Muslimin Dibunuh

armed-egyptian-police-3

Seramai 13 orang ahli Ikhwanul Muslimin (IM) dibunuh  dalam satu serangan oleh anggota keselamatan di sebelah barat Kaherah pada Rabu lalu, menurut laporan sumber keselamatan Mesir.

13 orang anggota IM tersebut dibunuh selepas serangan balas berlaku antara mereka dan pasukan keselamatan Mesir di dalam sebuah rumah di bandar Oktober, barat Kaherah. Pemimpin IM dan bekas ahli parlimen Mesir Nasser Al-Hafi antara yang terbunuh dalam serangan berkenaan.

Sumber IM mengesahkan seramai sembilan orang dibunuh apabila pasukan keselamatan menyerbu kediaman mereka, tetapi menafikan tuduhan mereka memiliki kelengkapan bersenjata pada waktu kejadian.

Pembunuhan tersebut berlaku tidak lama selepas lebih daripada 60 orang tentera Mesir terkorban di dalam suatu siri serangan tentera militan di utara Semenanjung Sinai, pada Rabu lalu.

Keganasan pada Rabu lalu bertitik tolak daripada kejadian bom kereta dua hari sebelumnya di timur Kaherah, yang telah menyebabkan kematian pendakwa raya Mesir, Hisham Barakat.

Mesir dilanda ketidakstabilan sejak daripada pelantikan Mohamed Morsi sebagai presiden secara demokrasi, yang kemudian digulingkan melalui rampasan kuasa oleh junta tentera Mesir pada 3 Julai 2013. Selepas penyingkiran Morsi, pihak berkuasa Mesir telah mengambil tindakan keras dan mensasarkan serangan terhadap para penyokong Morsi; menyebabkan ratusan daripada nyawa yang tidak bersalah terkorban malahan ribuan yang lain dipenjarakan.

Sebilangan besar pemimpin dan ahli IM, termasuklah Morsi sudah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh kerajaan tentera Mesir.

Nureen Adnan

Sumber: MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Muslim Uighur Pengganas”, balas China Kepada Turki.

Next Post

Ahli Parlimen AKP, Ismet Yilmaz dilantik sebagai Speaker Parlimen yang baru

Related Posts
Skip to content