Berdasarkan Laporan Harta Perbadanan Intelek (MyIPO), hanya 1,806 produk penyelidikan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didaftarkan atau dipatenkan sejak 2018 sehingga Ogos 2023. Pada masa yang sama, kementerian serta agensi kerajaan pula telah menghantar 1,127 produk penyelidikan untuk didaftarkan atau dipatenkan. (Utusan)
Sementara itu, menurut laporan MYC pula, hanya 474 produk atau teknologi/perkhidmatan yang berjaya dikomersialkan di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai jualan lebih daripada RM540.0 juta bagi tahun 2016 sehingga 2022. (MYC Portal)
Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, perkembangan ini adalah kerana kajian penyelidikan lebih tertumpu kepada tujuan akademik atau kemajuan kerjaya semata-mata. Tambahnya, ini menunjukkan ketiadaan usaha serius yang strategik untuk menterjemah hasil penyelidikan kepada inovasi teknologi baharu. Hal ini menyebabkan beberapa sektor utama seperti sektor sawit dan getah kekal di tahap yang sama dalam tempoh beberapa dekad berikutan ketiadaan teknologi baharu. (Utusan)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.