Kanak-Kanak Gaza: Mangsa Perang Atau Wira?

EDITORS NOTE: Graphic content / Palestinian children injured in an Israeli air strike await treatment at the Nasser hospital in Khan Yunis in the southern of Gaza Strip, on October 17, 2023. – Thousands of people, both Israeli and Palestinians have died since October 7, 2023, after Palestinian Hamas militants based in the Gaza Strip, entered southern Israel in a surprise attack leading Israel to declare war on Hamas in Gaza on October 8. (Photo by Mahmud HAMS / AFP)

Menjadi seorang kanak-kanak di Gaza umpama hidup dalam masa yang dipinjamkan.

Rakaman janin penduduk Palestin yang mati di hospital Gaza bulan lalu, selepas ibunya terbunuh dalam serangan udara Israel, menunjukkan kepada dunia tentang keperitan melahirkan dan dilahirkan di kawasan yang terkepung.

Daripada pembunuhan beramai-ramai kepada kebuluran dalam rumah yang sesak; kemudahan sekolah, kedai roti, hospital dan tempat perlindungan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal; serta penafian akses kepada makanan, ubat-ubatan, air bersih dan bantuan kemanusiaan; semua jenayah di bawah undang-undang antarabangsa, kanak-kanak di Gaza terus menderita di bawah serangan tanpa henti Israel.

Menurut laporan terkini oleh Kementerian Kesihatan Palestin, tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 6,100 kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 hari pertempuran sengit sejak 7 Oktober.

Terdapat tambahan 1,500 kanak-kanak hilang di bawah runtuhan bangunan yang musnah, yang kebanyakannya telah dianggap meninggal dunia.

Jumlah itu adalah lima kali lebih tinggi daripada jumlah kanak-kanak yang dibunuh oleh tentera pakatan Amerika Syarikat di Iraq antara tahun 2003 dan 2011, yang mencatat sebanyak 1,201 kanak-kanak.

Di Gaza, seramai 130 kanak-kanak Palestin telah dibunuh setiap hari. Jumlah tersebut adalah lebih daripada jumlah keseluruhan kematian kanak-kanak di Yaman, Syria, Iraq dan Libya.

Tentera Israel telah membunuh dua kali lebih ramai kanak-kanak Palestin di Gaza sejak 7 Oktober daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak Palestin yang terbunuh di Tebing Barat dan Gaza digabungkan sejak tahun 1967.

Malah, PBB menganggarkan seramai 5,500 wanita hamil dijangka bersalin pada Disember di Gaza, di mana kebanyakan kemudahan penjagaan kesihatan tidak lagi dapat beroperasi.

Kemusnahan infrastruktur ditambah dengan ketiadaan air bersih dan sistem sanitasi mengundang pelbagai risiko kesihatan, termasuk bagi wanita yang tidak mempunyai akses kepada kit kebersihan atau anestetik sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan atau C-section.

Tetapi permasalahan ini jauh lebih kompleks daripada hanya soal jumlah kematian dan kecederaan.

Dalam memahami kesan serangan Israel ke atas kanak-kanak Palestin, kita harus memberi perhatian kepada suara kanak-kanak ini sendiri.

Mungkin ramai yang menganggap kanak-kanak Gaza ini adalah generasi pembawa perjuangan anti-penjajahan. Lumrah bagi kanak-kanak untuk bermain, namun di Gaza semangat bermain keanak-anakan tersebut dipupuk ke arah perjuangan suci membebaskan tanah air mereka.

Justeru, dengan membaling batu ke arah askar-askar Israel, bermain permainan menembak pistol di luar rumah, atau melukis bendera Palestin yang berkibar di atas Masjid Al-Aqsa, kanak-kanak di Gaza sedang mengukir ruang mereka sendiri sebagai ‘knight in shining armour‘.

Mungkin secara tidak sedar, kanak-kanak di Gaza menggambarkan diri mereka sebagai wira-wira yang terlibat dalam pertempuran melawan kuasa penjajah yang bukan sahaja telah merampas tanah mereka, tetapi juga hak mereka untuk bermain dengan bahagia, pendidikan yang tidak terganggu, rumah yang selamat dan hangat dengan kasih sayang keluarga, layanan tanpa kekerasan dan perlindungan tanpa syarat daripada peperangan dan pertempuran.

Oleh itu, mereka menunjukkan pemahaman yang kompleks tentang perjuangan anti-penjajahan sebagai perjuangan yang bukan sahaja berkisar tentang menentang kependudukan tentera di tanah itu tetapi sebagai perjuangan untuk identiti, kemerdekaan dan rasa kekitaan yang berkaitan dengan sejarah penentangan yang telah berlangsung selama lebih dari 75 tahun.

Ia adalah cara berfikir dan cara hidup yang berakar umbi daripada rasa kesedaran diri yang berakar daripada tanah air atau watan untuk meneruskan perjuangan sehingga hembusan nafas terakhir.

Kempen pengeboman terbaru telah mendedahkan bagaimana kanak-kanak Gaza dapat berfikir dan menganalisis situasi yang berkaitan dengan pendudukan Palestin dengan cara yang kompleks dan berpandangan jauh yang jauh mendahului usia mereka.

Dari dalam timbunan runtuhan di mana rumah mereka telah dimusnahkan oleh api peluru berpandu yang membakar mayat keluarga mereka, anak-anak Gaza muncul sebagai wira-wira yang bukan sahaja berjaya membongkarkan identiti Israel yang zalim, tetapi juga untuk berdiri di hadapan perjuangan anti-penjajahan di seluruh dunia.

Disunting daripada: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel-Palestine War: The Psychological & Economic Warfare

Next Post

Apa yang berlaku selepas Israel kalah perang di Gaza?

Related Posts
Skip to content