Kashmir : Tentera India cabul hak asasi

Penunjuk perasaan Kashmir membuang batu askar separa tentera dan anggota polis Jammu Kashmir semasa protes di Srinagar, India, Jumaat, 2 Mei, 2008. Polis melepaskan gas pemedih mata di beratus-ratus penunjuk perasaan rampaging selepas solat Jumaat di bandar utama di bahagian India di Kashmir, membantah pelanggaran hak asasi manusia yang didakwa oleh anggota keselamatan India. (AP Photo / Dar Yasin)

 

Tiada anggota pasukan keselamatan India terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia ke atas penduduk Muslim Kashmir diseret ke mahkamah.

Amnesty International mengeluarkan satu laporan mendedahkan bahawa setiap kes dakwaan ke atas anggota tentera atau separa tentera telah dinafikan mengikut “Armed Forces Special Powers Act” atau AFSPA. AFSPA bertanggungjawab mengarahkan beribu-ribu tentera dan anggota separa tentera berkuasa untuk menembak, menahan orang yang disyaki tanpa perbicaraan dan merampas harta, tanpa dikenakan apa-apa sabitan jenayah.

Menurut salah seorang mangsa kekejaman tentera di Kashmir, Mohammad Amin Magray, tentera telah membunuh orang dan melanggar hak asasi manusia, kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang, didakwa, atau diseret ke mahkamah, jika tidak “mereka akan berfikir sepuluh kali sebelum mereka tarik pemicu senjata mereka untuk membunuh orang yang tidak bersalah.”

Aktivis hak asasi tempatan, Parveena Ahanger mengatakan bahawa India telah menyeksa lebih 100,000 orang, manakala sekitar 8,000 ‘hilang’ selepas ditahan dan dibawa ke penjara. Beliau juga mengatakan bahawa mahkamah tentera India tidak boleh dipercayai dan tidak jujur dalam mendepani isu ini.

 

Laporan Amnesty International berkenaan pelanggaran hak asasi manusia oleh India ke atas Kashmir.

Amnesty International telah mengeluarkan satu laporan bertajuk “Denied: Failures in accountability for human rights violations by security force personnel in Jammu and Kashmir” oleh kumpulan pejuang hak asasi di London. Laporan itu dibuat berdasarkan penelitian hampir 100 kes pelanggaran hak asasi manusia dengan dakwaan diseksa oleh tentera India antara tahun 1990 dan 2012 serta temu bual dengan 58 ahli keluarga mangsa pada 2013.

Menurut Amnesty, hal ini menunjukkan bagaimana kerajaan India bertindak balas dengan laporan pelanggaran hak asasi telah gagal untuk membawa keadilan kepada mangsa.

Jenayah pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh tentera India ke atas Jammu dan Kashmir berpunca dari beberapa sebab utama :

  • Sikap sambil lewa kerajaan India dalam mendepani isu ini.
  • Undang-undang baru yang membenarkan tentera India sewenang-wenangnya membunuh, menahan dan merampas harta penduduk Kashmir.
  • Kerajaan India dan pihak tentera mengendahkan seruan dan tekanan supaya memansuhkan undang-undang tersebut. Mereka tidak bersetuju untuk mansuhkan undang-undang tersebut atas sebab ingin membanteras pemberontakan dan pengganas.

Berulang kali, pihak Amnesty dan kumpulan-kumpulan hak asasi lain telah berulang kali berkata bahawa undang-undang tersebut, yang berkuat kuasa di timur laut India hanyalah seperti ‘undang-undang kosong’ melainkan hanya ‘menyuburkan’ lagi keganasan dan pengasingan tanah Islam dari India.

Polis juga enggan memfailkan kes tuduhan ke atas tentera, dan tentera tidak akan beri bekerjasama walaupun polis membuat keputusan untuk menyiasat. Sejak tahun 1990, kerajaan telah menolak 44 permohonan daripada pihak berkuasa tempatan untuk mendakwa tentera yang tertuduh, disebabkan tertakluk di bawah AFSPA.

Walaupun tentera telah mengisytiharkan ‘toleransi sifar’ untuk penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak asasi manusia, perkara itu sangatlah tidak berasas dan hanya omongan kosong kerana didapati 96 peratus daripada lebih 1,500 aduan salah laku tentera telah dilaporkan antara 1993 dan 2011.

Kashmir telah dibahagikan antara India dan Pakistan sejak tahun 1947. Kedua-dua negara menuntut wilayah tersebut sebagai salah satu wilayah dari negara masing-masing. Sejak 1989, banyak kumpulan telah menentang India bagi memperjuangkan kemerdekaan atau penggabungan wilayah Himalaya dengan Pakistan.

Rujuk laporan penuh.

Farris Hanafi

Sumber : worldbulletin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel sokong Mesir, Al-Sisi Gentar Penguasaan Islam Semakin Kukuh

Next Post

Turki Berhimpun Membantah Tindakan China

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content