Kerajaan Akan Kaji Nyahklasifikasi Laporan CEP, Panel Reformasi Institusi

Sumber: New Straits Times

Putrajaya akan mengkaji cadangan menyahklasifikasikan dua laporan disediakan sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC).

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dipetik Bernama sebagai berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan dikemukakan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Lim sebelum ini berulang kali menggesa laporan disediakan sekretariat CEP dan IRC didedahkan.

CEP ditubuhkan pada 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa, sebelum dimansuhkan selepas 100 hari PH menjadi kerajaan.

CEP diketuai bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, dengan dianggotai bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Hassan Marican, ahli ekonomi terkenal Jomo Kwame Sundaram serta taikun Robert Kuok.

IRC pula mengemukakan laporannya pada 2018 berhubung cadangan pembaharuan institusi yang dikenal pasti kerajaan PH ketika itu.

Lim menggesa kedua-dua laporan itu dibentangkan di Parlimen sebagai kertas putih. Katanya, ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen sebelum syornya dibawa ke Parlimen.

Februari lalu, gabungan 100 pertubuhan masyarakat sivil menggesa laporan IRC didedahkan kerana kurang kemajuan reformasi di bawah kerajaan terdahulu yang membawa kesan teruk terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urusnya.

IRC dikatakan mengemukakan banyak syor membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), salah laku polis, hukuman mati dan isu lain.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said dilaporkan berkata, satu memorandum untuk menyahklasifikasikan laporan IRC akan dibawa ke Jemaah Menteri “tidak lama lagi”.

Sumber: Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Indonesia Enggan Menghidupkan Semula Idea Asian Monetary Fund

Next Post

Perang Proksi Amerika Syarikat Di Sudan

Related Posts
Skip to content