Kerajaan Anjur Kempen Galak Kaum Cina Sertai Perkhidmatan Awam, Usaha Perbanyakkan Etnik Cina ke Sektor Awam dan Kurangkan Dominasi Melayu dalam Perkhidmatan Awam

Berdasarkan laporan pada 2 Mac 2024, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai mendedahkan perancangan untuk meningkatkan kadar pengambilan kaum cina dalam perkhidmatan awam. Usaha ini bakal dilaksanakan pada 16 Mac di seluruh negara melalui kerjasama di antara pejabat setiausaha politk Perdana Menteri dan Media Chinese International Limited yang berpangkalan di Hong Kong. (Sinar Harian)

Usaha ini dijangka mampu menggugat kedudukan orang Melayu dalam perkhidmatan awam berikutan data terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan kadar pengambilan kaum Cina (44.1 peratus) adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar pengambilan orang Melayu (13.8 peratus). (Sinar Harian)

Pada ketika ini, orang Melayu menguasai perkhidmatan awam pada kadar 80 peratus. Manakala, kaum cina pula sudah memonopoli sektor swasta sejak DEB diperkenalkan. Menurut Dr. Muhammed dari Institute d’etudes Politiques de Paris, sejak DEB diperkenalkan pemilikan ekuiti Cina meningkat daripada 23 peratus kepada 44 peratus, kaum Cina juga menguasai 70 peratus aset komersial, dan 59 peratus syarikat di Bursa Malaysia. (Berita Harian)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kedudukan Bumiputera Masih Terpencil dalam Ekonomi Malaysia, Kekal Duduki Peratusan Kecil Dalam PKS, Bursa dan Pendapatan

Next Post

Tiong King Sing Cadang Syarat Lebih Longgar Untuk Program MM2H, Risiko Tingkatkan Demografi Asing Terutamanya Dari China

Related Posts
Skip to content