Lawatan Kapal Perang Tentera Laut British di Australia

Kehadiran angkatan tentera UK di Australia sudah menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi sejak tindakan agresif Tentera Laut China di Laut China Selatan mengancam kepentingan-kepentingan strategik UK di rantau Asia. Tentera Laut China kerap kali melakukan penguatkuasaan maritim di kawasan bertindih dengan menggunakan kapal perang yang canggih dan lengkap dengan senjata anti kapal. Meskipun mengalami masalah kekurangan anggota dan potongan peruntukan yang banyak daripada kerajaan UK, Tentera Laut Diraja British atau lebih dikenali sebagai Royal Navy tetap komited untuk melakukan latihan dan lawatan ke negara-negara Asia Tenggara. Selain negara-negara Asia Tenggara, sekutu kuat UK, Australia turut tersenarai dalam kepentingan strategik UK.

Friget HMS Sutherland

 

Sesi lawatan ketenteraan UK ini diketuai oleh kapal perang anti-kapal selam British, HMS Sutherland yang menamatkan latihan dua hala bersama Tentera Laut Australia baru-baru ini. Saya berkesempatan untuk mengkaji keadaan kapal tersebut yang berlabuh di Markas Tentera Laut Australia dari segi teknologi dan persenjataan termasuk sesi perbincangan bersama kapten kapal. Lawatan ke kapal tersebut dimulakan dengan penerangan kebolehan dan keupayaan kapal dalam menangkis serangan kapal selam dan peluru anti kapal oleh jurutera persenjataan kapal. Persenjataan dan sistem pertahanan kapal membolehkan kapal perang ini untuk menerima serangan dari pihak lawan dan mampu beroperasi untuk menamatkan misi walaupun berada dalam keadaan separa lumpuh.

Dalam satu sesi perbincangan di ruangan anjung kapal, kapten kapal memaklumkan bahawa kehadiran kapal perang British di Australia adalah untuk mengimbangi kuasa maritim baru, China menerusi lawatan dan persinggahan bagi melakukan tugasan logistik. Beliau turut mengulas, pihak tentera laut telah menghabiskan jutaan Pound bagi meningkatkan keupayaan sistem pengesanan kapal tersebut bagi menjejaki kapal-kapal PLAN yang jauh lebih moden. Katanya lagi, kapal ini turut menghadapi situasi dimana kapal tersebut terpaksa berada dalam tahap kesiapsiagaan maksima akibat kehadiran kapal perang China. Namun, tiada pertukaran tembakan berlaku.

Kebolehan kapal ini diutarakan semasa latihan bersama dengan Tentera Laut Australia dimana tema utama latihan tersebut terdiri daripada komponen anti kapal selam dan anti kapal. Radar dan peralatan penderia ditingkatkan keupayaannya agar kapal kekal relevan untuk 15 tahun akan datang. Pihak kapal turut mengulas bahawa pihaknya akan berada di rantau ini untuk beberapa minggu dan komited untuk mempertahankan kedaulatan Asia Pasifik lebih-lebih lagi Laut China Selatan daripada pihak yang cuba memusnahkan kesimbangan tersebut.

Penghantaran kapal friget kelas ‘Type-23’ ini merupakan permulaan bagi UK untuk menghantar lebih banyak kapal perang pada masa akan datang. Memandangkan Tentera Laut China lebih kerap melakukan rondaan di Kawasan bertindih di Kepulauan Spartly, UK berhasrat untuk menghantar kapal pengangkut pesawat barunya, HMS Queen Elizabeth ke Kawasan tersebut untuk mencabar China yang mengawal Kawasan tersebut seolah-olah miliknya. Namun persoalan utama adalah mampukah UK menghantar kapal perang ke Laut China Selatan meskipun berlakunya pengurangan bilangan kapal perang akibat potongan peruntukan?.

 

Irfan Alias

Kolumnis FOKUS
UNSW (University New South Wales, Australia)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dahsyat Sekali Tragedi Ghouta Timur

Next Post

Erdogan mengelar Netahanyu pengganas

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Turki: Kerajaan Campuran AKP dan CHP Bakal Menjadi Kenyataan

  Ankara – Parti Rakyat Republik (CHP) memberi kuasa kepada pemimpin parti untuk menentukan sama ada ingin atau…
Read More