TPPA Mungkin Ditandatangani di New Zealand pada Februari – Najib

 

barack-obama-najib-razak1

MANILA: Perjanjian perdagangan utama, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), mungkin ditandatangani di New Zealand pada Februari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di sini.

“John Key juga memaklumkan kepada saya, ada kemungkinan bahawa perjanjian ini ditandatangani di New Zealand pada awal bulan dua, sekiranya dalam konteks Malaysia, Parlimen memberi persetujuan kepada perjanjian TPP,” katanya kepada pemberita di sini, di mana kesemua 12 pemimpin negara terlibat TPP bertemu buat kali pertama selepas teks perjanjian perdagangan itu dikeluarkan.

Mesyuarat itu dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah menjelaskan kepada Perdana Menteri New Zealand mengenai proses ratifikasi Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPP dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang akan memahami peluang dan cabaran di bawah TPP.

Negara-negara yang terlibat TPP menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan ketiga kepada perdagangan global. APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

 Daripada 21 negara itu, 12 negara terlibat dengan TPP. Anggota APEC yang tidak terlibat dengan TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Rusia, Taiwan dan Thailand.
Sumber: AstroAwani
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Langkah Strategik Tentera Malaysia Menghadapi ‘Perang’ Laut China Selatan

Next Post

Diskriminasi apa yang dimaksudkan Obama?

Related Posts

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Setelah setahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai peristiwa, umat Islam di seluruh dunia bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Tidak jauh berbeza dengan Ramadhan pada beberapa tahun lepas, Ramadhan pada tahun ini juga menyaksikan bagaimana ianya hadir di tengah-tengah pelbagai lipatan peristiwa yang menjadi krisis dan kemelut bagi umat Islam di seluruh dunia.
Read More
Skip to content