Menurut Menteri Perumahan dan Pembangunan Tempatan, Nga Kor Ming, kedua-dua negara telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian kerjasama (MoC) dari segi ciri-ciri rumah pintar dan bandar pintar kerana China mempunyai banyak teknologi terkemuka dalam hal ini. Tambahnya, butiran mengenai MoC itu hampir selesai dan akan dibentang ketika lawatan rasmi presiden China, Xi Jinping ke Malaysia dalam tahun ini. (TheSun)
Terdahulu, pada 7 November 2023, Sabah telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei ketika lawatan Hajiji, Ketua Menteri Sabah ke China. Kesan daripada MoU ini Huawei akan menyediakan khidmat perundingan dan nasihat dalam bidang pertanian, pembuatan pintar di bawah Industri 4.0, pelancongan, perancangan bandar pintar, e-dagang, infrastruktur digital, ketersambungan inklusif dan kerajaan digital. (TheStar)
Dalam perkembangan lain, Syarikat China, ZTE Corporation jalin kerjasama dengan DNB dan TM bagi pembekalan teknologi 5G. Manakala, Huawei pula dijangka bakal diberi peluang untuk membina infrastruktur rangkaian kedua 5G di Malaysia. (ZTE, Reuters)
Selain itu, Universiti Malaya rancang libatkan syarikat multinasional China untuk mewujudkan pusat latihan memfokuskan kepada bidang berteknologi tinggi seperti Kepintaran Buatan (AI), teknologi 5G, e-dagang, ekonomi hijau, dan ekonomi digital di kampusnya. (Malaymail)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.