Filipina Rancang Bangunkan Beberapa Pulau di Laut China Selatan untuk Kediaman Tentera, Risiko Gugat Tuntutan Malaysia di Laut China Selatan dan Beri Implikasi Keselamatan

Ketua Tentera Filipina, Romeo Brawner berkata Filipina  bakal membangunkan beberapa pulau di Laut China Selatan yang dianggap sebagai sebahagian daripada wilayahnya untuk menjadikannya lebih sesuai didiami tentera. Tambahnya, rancangan pemodenan tentera juga termasuk penerimaan lebih banyak kapal, radar, dan pesawat terbang ketika Filipina mengalihkan fokusnya daripada pertahanan dalaman kepada wilayah. (CNA)

Selain Second Thomas Shoal yang turut dikenali sebagai Ayungin, Filipina menduduki lapan ciri lain di Laut China Selatan, dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada zon ekonomi eksklusifnya. Sembilan kawasan itu termasuk pulau terbesar dan paling penting secara strategik di Laut China Selatan iaitu Pulau Thitu yang juga dikenali sebagai Pag-asa, terletak kira-kira 480 kilometer di barat wilayah Filipina, Palawan. (BH)

Terkini, kerajaan Filipina telah memperuntukkan 800 juta peso untuk pembinaan pelabuhan baharu di Kumpulan Pulau Kalayaan di Laut Filipina Barat selepas mendapat kelulusan Senat pada November 2023. Selain Filipina, Malaysia juga menuntut sebahagian daripada Pulau Kalayaan. Oleh itu, pembangunan yang dilakukan oleh Filipina di ciri-ciri maritim ini berisiko menggugat keabsahan tuntutan Malaysia serta memberi implikasi keselamatan. (PhilStar, NBR)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Lancar Inisiatif Gelombang Padi, Potensi Tingkatkan Pengeluaran Padi Tempatan dan Kurangkan Kebergantungan kepada Import

Next Post

Malaysia-China Rancang Jalin Kerjasama Teknologi bagi Pembangunan Bandar dan Rumah Pintar, Tambah Kebergantungan Negara kepada Teknologi China

Related Posts
Skip to content