Sejarah : Bangsa Kurdi, Bangsa Tanpa Negara

Kurdish_fighters
Pejuang Kurdi

Bangsa Kurdi Berpecah

  • Kurdistan merupakan sebuah negara yang pada asalnya sudah lama terbentuk, namun disebabkan perjanjian yang dibuat semasa pertembungan empayar Turki Uthmaniyah dan Parsi, negara mereka mula terpecah kepada beberapa wilayah bermula tahun 1639. Bagi mempertahankan kedaulatan negara mereka, sistem beraja Kurdistan menyokong beberapa kuasa besar.
  • Namun begitu, selepas 3 kurun, peperangan ekonomi tercetus dan menyebabkan pemusnahan sistem pertanian, tempat tinggal serta pembunuhan beramai-ramai yang mendesak bangsa tersebut bermigrasi ke tempat lain dan seterusnya kawasan mereka diambil alih oleh bangsa Turki. Rentetan daripada peristiwa tersebut, bangsa Kurdi menjadi sebuah bangsa tanpa negara dan mula berpecah-pecah menduduki Iraq, Iran, Syria dan Turki.
  • Golongan cendekiawan, para nasionalis, para ulama serta golongan puitis sendiri sudah mula mempertahankan bangsa Kurdi dan mempersoalkan tentang perpecahan wilayah mereka melalui cara yang tersendiri tetapi tidak diendahkan sehingga pada tahun 1940, idea-idea mereka bagi mempertahankan bangsa dan negara mula diambil kira dan diserap ke dalam dunia politik.
  • Perpecahan Kurdistan bukanlah disebabkan kejatuhan institusi beraja yang diasak oleh sebarang bantahan, atau tekanan pembentukan sistem sosial yang baru, atau percubaan melupuskan bangsa dan negara tersebut. Tetapi, ianya berlaku disebabkan institusi raja Kurdi diambil alih oleh kuasa rejim imperial di Istanbul dan Tehran.
  • Kekosongan pemerintahan mereka yang pada asalnya didokongi oleh sistem beraja dan diambil alih oleh para nasionalis mengakibatkan itu sahaja survival kit bagi mereka memperjuangkan bangsa dan “negara” mereka sehingga pertengahan tahun 20-an.

Nasionalisme Kelas Pertengahan dan Penglibatan Politik

  • Perjuangan pertama bangsa Kurdi yang melibatkan politik bermula di Mahabad, Iran pada tahun 1942 oleh Society for the Revival of Kurdistan atau lebih dikenali sebagai Komala. Pada tahun 1945, Komala terbentuk menjadi Kurdistan Democratic Party yang memperjuangkan pembentukan kuasa autonomi republik bagi bangsa mereka yang terpecah ini.
  • Gerakan The Kurdish Republic pada tahun 1946 merupakan antara pencapaian yang paling bermakna apabila mereka sudah mempunyai presiden, bendera, kabinet, sistem ketenteraan, dan lagu kebangsaan meskipun gerakan ini tidak memohon deklarasi kemerdekaan. Pencapaian besar ini juga berjaya dibentuk walau mereka hanya berada di sempadan negara Iran.
  • Namun begitu, parti Kurdish Republic akhirnya jatuh apabila Amerika Syarikat dan negara Britain menyekat gerakan mereka dengan menyokong gerakan militan Shah (Iran) yang akhirnya menyebabkan tentera Soviet menarik diri dari negara Iran.
  • Namun begitu, kejatuhan Kurdish Republic telah menyebabkan terbentuknya sebuah parti baru di Iraq, Syria dan Turki iaitu Kurdish Democratic Party. Setiap parti mempunyai sasaran dan misi yang sama iaitu mencapai kuasa autonomi di kawasan bangsa Kurdi masing-masing dan memperoleh kuasa demokrasi.

BugG4i0CAAEK7-t

Gerakan Kurdi di Turki.

  • Rejim sekular Turki yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk pada ketika itu telah merancang serta berhajat untuk mengubah Turki menjadi sebuah negara sekular dan berpaksikan barat. Kesannya, bangsa Kurdi telah melancarkan beberapa siri pemberontakan sepanjang tahun 1920 sehingga 1930 yang diketuai oleh para cendekiawan yang berpengaruh.
  • Pada 1939, pengakhiran pemberontakan yang dahsyat oleh bangsa Turki telah menyebabkan ramai yang menyangka bahawa “masalah” yang dihadapi oleh Kurdi telah selesai. Beratus ribu bangsa Kurdi dipaksa dan diarah untuk berpindah ke sebelah barat Turki. Pada awal 1960-an, gerakan nasionalis bangsa Kurdi bangkit kembali dalam memperjuangkan hak mereka yang diketuai oleh pemuda-pemuda di Kurdistan dan di beberapa bandar Turki seperti Ankara serta Istanbul.
  • Berikutan daripada gerakan nasionalis ini, populasi bangsa Kurdi mula berubah corak di Turki. Pandangan politik dan agenda yang berbeza dipengaruhi oleh parti bersayap-kiri serta berlaku pembentukan komunisme seperti di Iraq dan Iran pada ketika itu.
  • Pemerintahan yang diambil alih oleh tentera pada tahun 1960 sehingga 1980 dikategorikan sebagai krisis yang berulang kembali dalam negara Turki, apabila penekanan sosial dan cubaan penerusan perluasan kuasa bangsa Kurdi di dalam politik berlaku seperti di Kurdistan suatu ketika dahulu.
  • Kuasa rejim tentera pada 1980 berjaya menindas kebanyakan parti yang sedang memperjuangkan hak masing-masing pada ketika itu.Namun begitu, Kurdistan Workers’ Party (PKK) telah berjaya mempertahankan parti mereka. Pada tahun 1984, PKK melancarkan serangan terhadap rejim tentera Turki.
  • PKK yang rata-ratanya terdiri daripada pekerja dan penduduk kampung merupakan bukan calang-calang parti kerana keutamaan bagi mereka adalah kekuatan tentera di samping memperjuangkan gerakan sosial dan kemerdekaan Kurdistan. Parti ini juga menolak untuk bergabung dengan mana-mana parti yang dinaungi oleh bangsa Kurdi pada ketika itu.
  • Meskipun PKK menerima bantuan dari Syria, parti ini disokong penuh oleh pelbagai organisasi dari bangsa Kurdi di Kurdistan dan penduduk mereka yang berpecah yang berada di Turki dan negara-negara lain. Kebolehan PKK dalam menentang tentera Turki telah membuahkan hasil apabila parti tersebut berjaya menambat hati penduduk kampung dan di kawasan-kawasan yang orang Kurdi duduki.

Kesimpulan

Perjuangan mereka setelah sekian lama dapat dilihat banyak turun naiknya dan campur tangan dari pelbagai pihak. Namun, gerakan bangsa Kurdi yang menginginkan kembali negara mereka sudah mula menampakkan hasil apabila golongan minoriti ini perlahan-lahan mula berpengaruh dalam kuasa politik di Turki dalam pilihan raya baru-baru ini. Pengambil alihan kuasa oleh unit I di sempadan Tel Abyad juga merupakan salah satu reformasi yang dapat dilihat oleh bangsa Kurdi ini bagi mengembalikan negara yang mereka idamkan itu.

Baca lanjut tentang Penjelasan Konflik di Sempadan Turki-Syria.

 

Khadijah Hanim Zulhaimi

Rujukan : Merip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MH17: Rusia Menentang Resolusi UN Untuk Dakwa Penjenayah

Next Post

Yahudi Zionis Pemilik Amerika Syarikat

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content