Benarkah kos ECRL sebanyak 81 bilion? Rakyat perlukan penjelasan

Benarkah kos ECRL sebanyak 81 bilion? Rakyat perlukan penjelasan

1. Terdapat beberapa kekeliruan dalam menilai kos sebenar ECRL ini. Mengikut naratif, Tony Pua yang kini memegang jawatan sebagai pegawai khas Lim Guan Eng di MOF, pada 15 November 2016, beliau bersama Rafizi Ramli membuat kenyataan bahawa terdapat lebihan sebanyak Rm 25 bilion dalam kos asal ECRL yang dikatakan pada awalnya bernilai sebanyak Rm 55 bilion.

Sumber: https://www.thestar.com.my/…/no-pay-but-were-going-to-he…/



2. Hal ini bermakna hanya 30 bilion dari kajian menyeluruh (Feasibility Study) oleh HSS Engineering Group. Engineers Sdn Bhd sebuah syarikat kejuruteraan yang tersenarai dalam Bursa Malaysia dan telah terlibat dalam banyak projek-projek mega di Malaysia mengikut naratif yang dikemukakan oleh Tony Pua.
 Kerana menurut beliau baki rm 25 billion digunakan untuk membayar 1MDB.

“Kegagalan untuk berbuat demikian mengesahkan kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara,

sumber: https://www.roketkini.com/…/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-re…/



3. Walaupun begitu, dalam sidang media terbaru Lim Guan Eng, beliau mengatakan bahawa kos sebenar pembinaan ECRL adalah sebanyak 81 bilion, hal ini selepas selepas mengambil kira kos pengambilan tanah, faedah, yuran dan kos operasi lain termasuk kupon sukuk.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/…/kos-ecrl-cecah-rm81-bilion-…

4. Kos asas menurut beliau adalah sebanyak Rm 66.78 bilion namun apabila ditambah kos lain, jumlahnya meningkat kepada Rm 15 Bilion. Di sini Lim Guan Eng kembali menukar naratif berdasarkan kiraan asal yang dibuat oleh Kementerian sebelum ini. 

Naratif ini bertentangan dengan naratif yang dikemukakan oleh pemimpin pakatan harapan.

“Pada 3 Mei 2017, Kabinet meluluskan projek menyambung rel landasan dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor (peningkatan kos RM1.28 bilion).

Pada 23 Ogos 2017, projek menaik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar diluluskan (peningkatan kos RM10.5 bilion).

“Berdasarkan nilai-nilai harga projek tersebut, kos asas pembinaan landasan keretapi sepanjang 688.3 kilometer itu berjumlah RM66.78 bilion,” ujarnya.

5. Walaupun begitu menurut beliau lagi, jumlah Rm 81 bilion itu tidak termasuk, dengan kos operasi. Maka jumlah sebenar akan melebihi angka Rm 81 bilion.

6. Terbaru, dalam laporan akhbar yang dikeluarkan oleh The Edge, hari ini bertarikh 4 Julai, semua kerja pembinaan ECRl diberhentikan serta merta.

sumber: https://www.theedgemarkets.com/…/mrl-instructs-cccc-suspend…

7. Beberapa persoalan yang perlu ditanyakan kepada kerajaan baru kini

i) Adakah projek ECRL perlu diteruskan walaupun hutang negara dikhabarkan bernilai Rm 1 trilion  dan dilaporkan oleh Bank Dunia semalam sebagai baik?

iii) Kenapa Lim Guan Eng menukar kembali kiraan mengikut kiraan asal malahan menambah lagi, sehingga 81 bilion? jumlah ini meningkat sehinga 170 peratus mengikut naratif asal yang dibawa oleh Tony Pua, kerana menurut beliau sepatutnya kos hanyalah Rm 30 bilion. 25 bilion lagi digunakan untuk membayar 1MDB?

iii) Bagaimana pula dengan persoalan Vincent Tan dan saham T7? Menurut makluman T7 Global kepada Bursa Malaysia, Tan membeli 21 juta saham atau 5.03 peratus pegangan dalam syarikat itu menerusi urus niaga perniagaan langsung pada 15 Mei dan tambahan 1.2 juta saham dalam pasaran terbuka pada 21 Mei, meningkatkan pegangannya kepada 22.2 juta saham atau 5.29 peratus.

Kenapa beliau kemudiannya ingin menjual saham tersebut jika, beliau ternyata tidak bersalah dalam isu kronisme?

8) Apakah sebenarnya permainan dalam isu ini? Terdapat banyak kekeliruan yang ditimbulkan. Antara fakta dan juga persepsi politik. Kami rakyat mahukan dapatan sebenar. Adakah projek ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia?

Saya ingin kembali menutup dengan persoalan sama diajukan DAP, dalam laman Roket Kini mereka, pada Oktober 2017 , Kos ECRL meningkat RM81 bilion? Rakyat perlu penjelasan.

(sumber: https://www.roketkini.com/…/kos-ecrl-meningkat-rm70-bilion…/)

Oleh: Asyraf Farique
Ketua Editor Buku PengChinaan Malaysia – Tergadaikah tanah Kedaulatan Bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Netanyahu bertemu Muhammad Bin Salman di Amman

Next Post

Sejarah Pendidikan Cina di Malaysia

Related Posts
Skip to content