Netanyahu Meluluskan Pelan Pengembangan Penempatan Haram berdekatan Nablus

benjamin-netanyahu-large-2

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah meluluskan pelan untuk meluaskan penempatan haram Itamar yang dibina di atas tanah Palestin sebelah tenggara Nablus, Tebing Barat. Perkara tersebut telah didedahkan oleh sumber media Israel.

Arutz Sheva telah melaporkan bahawa Netanyahu “telah meluluskan Pelan Pembangunan Penempatan Itamar yang mana akan merangkumi pembangunan institut dan institusi pelajaran termasuk sekolah, tadika dan juga taman rekreasi.”

Netanyahu juga telah membenarkan untuk membina rumah dan residen tanpa sebarang permit, kata sumber tersebut.

Ia menerangkan bahawa pelan pembangunan tersebut adalah sebahagian daripada permintaan penduduk yang mendirikan khemah di hadapan rumah Netanyahuu di barat Baitul Maqdis awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, Ketua Majlis Daerah Shomron Yossi Dagan berkata bahawa beliau amat kecewa dengan kerajaan yang tidak memberikan kebenaran untuk membina lebih banyak rumah di penempatan tersebut.
Terjemahan oleh : Muhamad Haiqal
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pendatang Haram Yahudi Mengalami Masalah Mental

Next Post

Laut China Selatan : Aktiviti Penggodaman Meningkat, Perisikan Siber China Atur Langkah

Related Posts
Skip to content