OIC dilihat gagal dalam menjadi badan utama dunia Islam dalam menguruskan “perang genosid” yang berlaku di Palestin.
Sehingga kini, bantahan yang dilakukan oleh negara-negara yang sedang menuju usaha normalisasi dengan Israel, hanya sekadar “cakap-cakap” mulut sahaja.
Tiada tindakan berbentuk ketenteraan apatah lagi diplomatik dalam menyekat rejim pengganas Zionis.
Dalam hal itu, tidak hairanlah mengapa netizen ini menyelarkan bahawa OIC sebagai “tidak boleh pakai” sehingga sanggup menangguhkan mesyuarat sehingga Isnin dalam membincangkan hal penting sebegini.