Pelaburan besar-besaran China di Israel boleh ancam kedaulatan negara- kata Pengerusi Perisikan Israel

Head of the Shin Bet security service Nadav Argaman attends the Defense and Foreign Affairs Committee meeting at the Knesset on November 6, 2018. (Hadas Parush/Flash90)

Ulasan Berita:

Pengerusi Shin Bet (perisikan israel) beri amaran ancaman keselamatan menerusi pelaburan China di syarikat-syarikat besar dan infrastuktur strategik di Israel.

“Pengaruh China di Israel sangat berbahaya dari segi infrastruktur dan pelaburan strategik di syarikat-syarikat besar”, Kata pengerusinya, Nadav Argaman.

China dan Israel dilihat sedang memperkasakan hubungan perdagangan dan perniagaan sejak kebelakangan ini. Beberapa syarikat besar China telah memulakan beberapa pengambilalihan syarikat di Israel seawal tahun 2014. Ini termasuklah pengambilalihan syarikat Tnuva iaitu syarikat pembekal makanan terbesar Israel serta perjanjian untuk menguruskan pelabuhan utama Israel di Haifa dan Ashdod.

Sumber: Times of Israel

Wafiq Azman
Editor Fokus

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Alibaba lancarkan teknologi Blockchain untuk penghantaran wang di Pakistan

Next Post

Syarikat Equinix labur 116 Juta USD untuk bina pusat data keempatnya di Singapura

Related Posts
Skip to content