Peningkatan Kes Demam Kepialu Membimbangkan

typhoid1

Thypoid fever ataupun lebih mesra dipanggil demam kepialu di Malaysia, kini menunjukkan berlaku peningkatan kes yang agak mendadak di sesetengah lokasi seperti di Kuala Lumpur.

Thypoid fever merupakan salah satu simptom utama kepada jangkitan sistemik bakteria Salmonella entrica serovar thypi ataupun Salmonella thypi. Berbanding S. thypimurium dan S. enteritidis, S. thypi amat terkenal dengan kemampuan yang mengagumkan dalam ‘menceroboh’ sistem imuniti manusia.

Ketiga-tiga jenis serovar Salmonella enterica (S. thypimurium, S. enteritids, S thypi) ini secara umumnya memiliki keupayaan menyerang sistem penghadaman manusia tetapi S. thypi mempunyai ‘senjata’ yang lebih ampuh; mampu melepasi pertahanan macrophages/Neutrophils dengan jayanya. Disebabkan oleh faktor ini, ianya amat berbahaya kerana mampu melepasi ruangan penghadaman (gut) dan mewujudkan jangkitan sistemik (keseluruhan badan) dan kesan inilah biasanya dikenali sebagai sebagai demam kepialu – mampu membawa kematian jika tidak dirawat.

Apa yang mampu kita belajar dari bakteria ini?

1. Ianya sejenis bakteria yang mana manusia adalah satu-satunya reservoir (tempat membiak) bagi kingdom mamalia

2. Tersebar dengan mudah melalui sisa nyah tinja manusia.

3. Mampu survive dalam kidney manusia dan menyebabkan orang yang dijangkiti menjadi pembawa (tanpa simptom). Kes paling terkenal – Thypoid Marry.

4. Walaupun ianya boleh membawa kematian, wujud vaksin (50-70% effectiveness) dan antibiotik yang efektif dalam melawan bakteria ini.

5. Ianya banyak ‘berkeliaran’ di dalam air/cecair yang tercemar. Andai kata cecair/air ini tersebar kepada mana-mana sumber makanan atau minuman manusia, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan adalah amat tinggi.

6. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit dan bakteria ini menggunakan teknik ini untuk ‘keluar’ dari badan dan sebarkan kepada yang lain melalui nyah tinja.

Disebabkan faktor-faktor di atas, adalah disarankan:

-Sentiasa basuh tangan selepas keluar tandas

-Basuh tangan beserta sabun ( paling baik yang mempunyai antimicrobial agent) sebelum makan dan minum

-Elakkan dari makan di gerai-gerai yang dikhuwatiri tidak bersih

-Minum hanya dari sumber air yang di’sterilised’kan – dimasak, ditapis, ataupun melalui proses reverse osmosis.

-Juga kurangkan makan di luar. Better masak sendiri.

 

Amin Rukaini Mustafa
MSc, BSc (Hons) (Edinburgh) in Biotechnology.
PhD di Cambridge, Molecular Microbiology

 

Rujukan:
http://www.channelnewsasia.com/…/typhoid-cases…/2205032.html
http://www.nature.com/…/jo…/v499/n7458/full/nature12377.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2014/…/140505211418.htm
http://www.sciencedirect.com/…/article/pii/S0944501311000784

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Merungkai Kekusutan Konflik di Timur Tengah – Prof. Ayoob

Next Post

Sosialisme Ala Amerika? – Hanis Noor

Related Posts
Skip to content