Morsi Berdepan dengan Cubaan Diracun oleh Pihak Penjara

mohammed-morsi-8

Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang diguling dan dipenjara oleh tentera Mesir, telah membuat kenyataan Sabtu lalu bahawa beliau kini menjadi sasaran cubaan untuk diracun oleh petugas penjara.

Sewaktu perbicaraan mahkamah, Morsi menjelaskan bahawa beliau “menolak untuk makan (hidangan daripada pihak penjara), kerana menurut beliau makanan tersebut akan mengakibatkan perlakuan jenayah terhadap dirinya.

Morsi – yang merupakan presiden yang dipilih secara demokrasi pada 2012 – turut tampil menggambarkan lima insiden sama yang pernah dihadapinya sepanjang di penjara. Beliau juga menambah, jika rancangan tersebut berjaya dilakukan, ianya pasti melibatkan kes jenayah.

Beliau bagaimanapun tidak menambah lanjut.

Bulan lalu, Morsi dijatuhi hukuman mati kerana disyaki melakukan pengintipan serta melarikan diri dari penjara ketika revolusi pada tahun 2011 yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak setelah 30 tahun dalam pemerintahan.

Morsi yang juga merupakan pimpinan tertinggi Ikhwan Muslimin, masih berdepan dengan beberapa pertuduhan lain, yang dianggap beliau serta pengikutnya tidak lain hanyalah bermotifkan politik.

 

Terjemahan: Huzaifah Ibrahim

Sumber: MEM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peranan Mata Wang China, RMB dalam Pasaran Dunia dan Cabaran Buat Amerika

Next Post

178 Ahli Ikhwan Ditahan dalam Masa Seminggu

Related Posts
Skip to content