Konflik Laut China Selatan : Filipina Tunjuk Kekuatan Bina Pangkalan

 

Ketibaan kapal laut Filipina BRP Ramon Alcaraz di Alava Pier, Subic Freeport Zone, Olongapo City,Utara Manila bertarikh 6 Ogos 2013.
Ketibaan kapal laut Filipina BRP Ramon Alcaraz di Alava Pier, Subic Freeport Zone, Olongapo City,Utara Manila bertarikh 6 Ogos 2013.

Ketua Armed Forces of the Philippines (AFP), Jeneral Gregorio Catapang Jr. berkata dalam satu temu bual bahawa pembinaan pangkalan baru tentera laut berhampiran Kepulauan Spratly di Laut China Selatan adalah ‘prioriti paling utama.’ Pangkalan tentera (yang sedang dibina) itu terletak di Oyster Bay, Palawan. Kira-kira 100 batu (160 km) dari Kepulauan Spratly .

China sedang menjalankan aktiviti tebus guna tanah (land reclamation) yang agresif dan baru-baru ini memberi amaran kepada tentera udara dan tentera laut pesawat Filipina sekurang-kurangnya enam kali untuk meninggalkan kawasan sekitar Spratly pada awal Mei lalu.

Sebelum ini, pegawai tentera Filipina menjelaskan bahawa pangkalan tersebut bakal memuatkan kapal-kapal tentera laut besar, termasuk Hamilton-class cutters yang dibeli dari Amerika Syarikat (AS)  dan kapal-kapal AS sendiri.

Selain itu, pangkalan tersebut berperanan sebagai pangkalan membaikpulih dan membina kapal-kapal, pusat operasi ketenteraan dengan sistem radar bagi memantau keadaan di Laut China Selatan.Ia juga membolehkan AFP banyak mengurangkan masa perjalanan kapal dan mengurangkan penggunaan bahan api dan kos logistik, serta meningkatkan morale tentera yang ditugaskan di kawasan berdekatan.

Menurut IH Jane, kemudahan yang bakal dibina adalah helipad, pusat latihan amfibia peperangan hutan di kawasan sekitarnya, sebuah stesen radar laut dan komunikasi di bukit-bukit, rangkaian armed outposts dan sistem pemantauan, dan sebuah kawasan berpotensi sebagai pusat operasi bersama dengan sekutu-sekutu Filipina. Lain-lain butiran yang lebih terperinci belum didedahkan kepada umum.

Kos dan Perkembangan Pembinaan Pangkalan

Dari segi kewangan, Catapang berkata, 800 juta peso (18 juta USD) diperlukan untuk pembangunan awal kemudahan itu dan lanjutan 5 bilion peso untuk mengubahnya menjadi sebuah pusat operasi utama,

Peruntukan yang terhad menyebabkan projek tersebut tergendala sedikit. Walaubagaimana, Philippine Navy (PN) memaklumkan bahawa projek itu masih dalam pembinaan dan semakin lama semakin menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

 

Hubungan AS dan Filipina

Hubungan AS dan Filipina dari sudut ketenteraan memang sudah terjalin kukuh sejak sekian lama.

Latihan Ketenteraan Balikatan 2015

Menurut laporan, lebih 11,500 tentera Amerika Syarikat (AS) Filipina – kira-kira 6,600 tentera AS dan 5,000 tentera Armed Forces of the Philippines (AFP) terlibat dalam latihan ketenteraan tersebut. Dilaporkan juga bahawa latihan ini adalah terbesar sejak 2000. Balikatan 2015, yang diadakan bermula 20 April hingga 30 April, merangkumi tiga aktiviti utama : pertama; menjalankan arahan pos tentera, kedua; latihan lapangan dan ketiga; bantuan sivik kemanusiaan.

Amerika Syarikat menghantar 76 aset udara dan tiga buah kapal perang untuk latihan, manakala Filipina akan menggunakan 15 pesawat dan satu kapal. Australia juga dilaporkan mengambil bahagian dalam ketiga-tiga bahagian latihan, dan menghantar beberapa kakitangan dan sebuah pesawat.

Enhanced Defense Cooperation Agreement (EDCA)

Suatu perjanjian yang ditandatangani oleh AS dan Filipina pada tahun lepas yang membenarkan AS akses atau menggunakan pangkalan tentera Filipina untuk kepentingan ketenteraan mereka.

Pada pertengahan April, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario berkata bahawa Filipina mengalu-alukan rancangan AS untuk menempatkan aset udara dan laut ke negara itu sebagai sebahagian daripada fasa depan dalam mengimbangi semula aset ketenteraan Washington di rantau Asia Pasifik.

Pangkalan-pangkalan tentera Filipina yang dipersetujui dalam EDCA

Pada 24 April, Ketua AFP, Gregorio Catapang mendedahkan bahawa tentera AS mempunyai akses kepada sekurang-kurangnya lapan pangkalan tentera Filipina di bawah EDCA .

Pangkalan-pangkalan tersebut adalah ; Fort Magsaysay di Neuva Ecija; Crow Valley di Tarlac; Pangkalan Udara Basa dalam Pampanga; Stesen Tentera Laut San Miguel di Zambales; Pangkalan Udara Bautista Antonio di Palawan; Benito Pangkalan Udara Ebuen di Cebu; dan Pangkalan Tentera Laut Rafael Ramos di Bandar Raya Cebu. Dua daripadanya menghadap ke arah Laut China Selatan.

Catapang juga menekankan bahawa senarai itu hanya akan rasmi sebaik sahaja Mahkamah Agung Filipina memutuskan sebarang perkara berkenaan EDCA, yang masih belum berlaku (sehingga kini).

 

EDCA masih belum cukup, perlu bangunkan kemampuan pertahanan sendiri

Catapang sendiri menyatakan bahawa Filipina mengakui bahawa EDCA tidak menyelesaikan pergolakan yang berlaku di perairan rantau itu dan Manila tidak boleh mengharapkan Washington untuk mempertahankan sekutunya (Filipina) jika konflik bersenjata meletus.

Oleh itu, Filipina sedang mengkaji untuk meningkatkan kemampuan sendiri dalam hal ini dalam tempoh terdekat dengan bantuan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.

Pada 27 April, Galvez, jurucakap Department of National Defense (DND), melaporkan kepada IHS Jane bahawa Filipina sedang membuat persiapan untuk menghantar permohonan kepada AS untuk mendapatkan peralatan ketenteraan tambahan – terutama yang boleh meningkatkan keupayaan luar pesisir ketenteraan negara itu dalam menghadapi China.

Menurut IHS Jane, permohonan bantuan AFP termasuk pesawat pengangkutan tambahan, pesawat peronda jarak jauh, pesawat pendokong jarak dekat, helikopter perang anti-kapal selam, kapal frigat, kenderaan amfibia, dan sistem komunikasi dan pengawasan.

 

Peranan AS

AS pasti memainkan peranannya dalam pembinaan pengkalan tersebut untuk kepentingan mereka di Asia Pasifik. Hal ini kerana AS dapat memanfaatkan pengkalan tersebut sebagai tempat ‘refuel and resupply’, meskipun dijangka agak sukar untuk menempatkan sejumlah besar kapal pemusnah dan kapal pengangkut pesawat di situ kerana kedalaman laut yang tidak sesuai (cetek).

Namun begitu, Catapang berkata bahawa kapal perang dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Vietnam akan dialu-alukan untuk membuat port calls.

 

Tekanan China

Filipina menghadapi tekanan untuk menyiapkan pengkalan itu secepat mungkin kerana terpaksa bersaing dengan tindakan China yang agresif ‘membangunkan’ pulau-pulau buatan mereka di Laut China Selatan. Oleh itu, Filipina dan AS sedang berlawan dengan masa dalam konteks ini. Mereka perlu menyiapkan segera dalam tempoh yang singkat bagi menyaingi Beijing yang sangat agresif ingin mengubah status quo di Laut China Selatan mengikut kehendak China.

Sudah pasti, Filipina ingin mempercepatkan pembinaan pangkalan di Oyster Bay kelak bagi menyaingi China. Dilaporkan juga bahawa AS bakal memperuntukkan dana tambahan bagi pembinaan pangkalan tersebut, manakala Jepun terus memperkukuhkan hubungan keselamatannya dengan Manila, dengan cara membangunkan pangkalan-pangkalan kecil sekitar pengkalan baru itu di Oyster Bay.

Mengapa Jepun? Jepun memiliki interest yang sama sepertimana Filipina atas isu-isu keselamatan maritim dalam menghadapi China yang disepakati bersama pada tahun 2011. Ditambah dengan hubungan ekonomi yang sudah terjalin lama dan kukuh di bawah kepimpinan Shinzo Abe.

 

Sumber : TheDiplomat, Reuters, IHJanes

Susunan : Muhammad Farris bin Mohd Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PM Turki Gesa Pimpinan Pembangkang Letak Jawatan

Next Post

Yaman; Bekas Presiden di belakang Al-Qaeda?

Related Posts
Skip to content